Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Saturday, May 12, 2012

HALALKAN CINTA-MU DENGAN BISMILLAH




Adush...banyaknya jemputan walimah dari senior2. Tumpang gembira dengan berita Baitul Muslim mereka. Byk sgt berita 'Baitul Muslim' lama-lama kena tempias pulak diri nie..hehehe. Tidak! Not now. Nikah muda..sengsara atau bahagia??? Sy tak boleh jawab..tapi bila tengok senior2 yg kahwin awal, dorang bahagia je. Semakin bersemangat menuntut ilmu ada-lah. =)


Apa yang saya nak kongsi di sini..pilih nak bahagia dunia atau sengsara akhirat? Cuba bayangkan kl korang simpan perasaan..main-main sayang dengan orang yg belum 'declare halal' lagi tuh, agak-agak konpem ke dia tu nanti akan jadi milik kita. Tak sia-sia ke selama ini korang mengumpul dosa menahan panah cinta tapi akhirnya cinta kecundang akhirnya. Erm..susahkan kalau dah jatuh <3 , mulut cakap tak nak buat, tapi dalam hati nak juga..sabar akhi/ukhti. Islam itu indah...halalkanlah mana yg belum halal. Nikah khitbah kn ada..jgn susahkan mana yg mudah. Cinta itukan fitrah manusia..biarlah ber'couple' dgn cara halal.


Kalau akhi/ukhti rasa diri belum bersedia ke arah Baitul Muslim..maka tak perlu akhi/ukhti declare inrelationship (mcm dlm fb tu), tak perlulah akhi/ukhti wat ape yg 'couple haram' buat. Mujahadah dulu ye...jihad lawan godaan nafsu semua tu. Lawan!Lawan! Jauh-jauh..jgn dekat-dekat. Neraka jgn ditempah. Jgn...!!!


"Susah..saya dah lama terlibat 'couple' nie. Sayang sangat kt dia!" Erm..akhi/ukhti, betul ke sayang kt dia?Tapi cara akhi/ukhti tak menunjukkan lansung akhi/ukhti sayang kat dia. Akhi/ukhti nak bawa dia masuk neraka ye..???Sayang ke tu?Beginilah..ikatlah dia dengan BISMILLAH. Hehehe..maksudnya ikatlah dia dengan pertunangan dulu(mesti restu parents bukan mcm fb tu..status engage tu tak sahih!) lepas tu nikah je-lah. "Argg..cepatnye belum bersedia!" InshaAllah..pasti dipermudahkan. Binalah kasih dan Baitul Islam kerana Allah. Sama-sama saling melengkapi, saling top-up kekurangan masing2. Bahagiakanlah dirimu dan dia dunia dan akhirat...indahnya jika setiap tindakan adalah pahala.Masya-Allah, memadu kasih pun boleh dapat pahala.Semai benih-benih syurga...
>> Couple 'halal' itu lebih baik dari Couple 'haram' walaupun muda
Pepatah baru,"BIAR MATI ADAT, JANGAN MATI SYARIAT". 


" Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang." (Ar-Rum 21)


Friday, May 4, 2012

KASIH KITA BER'TIGA'...


~✿Moga Kasih Kita Ber'3' Membawa ke Syurga ~ ✿<<

~✿Ayah- Imam yang meneraju keluargaku. Mem'binti'kan diriku, meng'iqamat'kan diriku..terima kasih ayah sudi menjadi teman lelaki untuk anakmu. Rela menghantar anakmu kemana-mana asalkan anakmu terdidik didepan mata. Ayah..dikaulah satu-satunya lelaki yang paling setia pernah ku jumpa...benar seorang ayah tidak mudah menzahirkan kasihnya cukuplah anak itu memahami pengorbanannya. Tanpamu, siapalah yang akan me'wali'kan pernikahanku..dan tanpamu mana mungkin aku lahir dari rahim ibuku.

~✿Ibu-Kasih sayang dan pengorbanan ibu tak terungkap oleh kata-kata. Mulia sungguh kedudukanmu. Mana ada manusia mampu membusung beban dalam 9 bulan. Mana ada manusia cekal melalui fasa maut melahirkan anak dari rahim. Mana ada manusia sanggup bertahan malam suntuk melayan tangisan anak-anak kecil. Mana ada manusia mampu menahan kesakitan memceraikan susu badan untuk anak. Mana ada manusia mampu bersabar menghadapi kedegilan anak-anak. Setiap patah yang keluar dari bicaramu bukanlah leteran tapi adalah bait-bait mutiara. Ibu memang tegas mendidik anak.Tahniah..atas kesungguhanmu mendidik anak, lihat anak mu kini menjadi 'ORANG'.

 Ayah..ibu..kasih kalian, keredhaan kalian yang akan membawaku ke syurga. Allah SWT telah mengakui keagungan kalian.


 "Allah telah menetapkan agar kalian tidak beribadah selain kepada-Nya; dan hendaklah kalian berbakti kepada kedua ibubapa". (Al-Isra' :23)


 “Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)

 Andai diri ini..secara tidak lansung menyakitkan kalian, ampunkanlah kerana keredhaan kalian yang mengizinkan ku melangkah ke syurga. Takutnya..ibu ayah, jika anakmu berdepan maut sebelum peroleh keredhaan dari ibu dan ayah.

 "Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua ibubapa.Kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan ibubapa." (HR.BUKHARI DAN MUSLIM) 

 “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi) 

 Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ketika paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan semua pintu syurga. Sebaliknya jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa. Nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka." Nauzubillah..Ibu ayah, moga Allah lindungi anakmu.

 Ibu, ayah.. adik ingat lagi masa adik kecil, tangan-tangan ini pernah bersatu. Tangan-tangan inilah yang membelai adik dengan penuh kasih sayang. Adik ingat lagi..dan kini adik nak tangan-tangan ini bersatu kembali. Adik nak gengam tangan ibu dan ayah, bersama-sama kita menuju syurga ilahi. InshaAllah.. ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...