Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Thursday, June 7, 2012

"Freej" dan wanita berhias

Baru perasan rupanya ada juga ye kartun Islamik berilmiah dalam TV3..tiba2 tertarik dengan kartun "Freej" dari Dubai karya Mohammed Saeed Harib. "Freej" maksudnya "Neighboorhood". Ia kisah watak kehidupan wanita2 Arab yg hidup di alam moden.
Apa yg menarik tadi..cerita tentang hukum wanita berhias. Dalam cerita tuh watak kartun panel dalam forum tu mention..
"Wanita bujang dibenarkan berhias (bersolek) sehingga dia mendapatkan suami untuknya dan wanita tidak lagi dibenarkan berhias bila sudah bersuami."

Hehehe..tercuit pulak hati nie bila tengok kartun nie..lucu tp ada mesej rupanya. =)

Lepas tu..my homework cari pasal hukum berhias. Menurut ulamak, hukum asal perhiasan adalah halal dan harus sama ada pada badan, pakaian atau empat tinggal. Keharusan Ini berdasarkan penjelasan Allah dalam ayat berikut;

يَابَنِي ءَادَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ، قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
”Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik?” Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui”. (Al-A’raf;31-32)

Tapi kena ingat..hukum keharusan nie boleh bertukar haram jika tidak mematuhi syarak. Salah satunya adalah bertabarujj.

Apa dalil larangan bertabarruj?

Larangan tabarruj terkandung di dalam ayat 32 dari surah an-Nur tadi dan juga larangan Allah dari bertabarruj yang terdapat dalam firmanNya;

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”.
(al-Ahzab: 33)

Apa maksud tabarruj? Dan apa yang termasuk dalam kategori tabarruj?

Tabarruj dari segi bahasa bermaksud membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Imam Zamakhsyari berkata; hakikat tabarruj ialah sengaja membuka/mendedahkan apa yang sepatutnya disembunyikan. Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap para lelaki iaitu ia menampakkan perhiasannya dan kecantikannya kepada mereka.[4] Menurut Imam an-Nasafi, tabarruj ialah berjalan melenggang-lengguk dan mendedahkan perhiasan.[5]

Secara amnya, perkara yang tergolong di dalam pengertian tabarruj ialah;[6]

1. Mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup
2. Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak sepatutnya diperlihatkan melainkan kepada suami atau mahram sahaja
3. Bertingkah-laku dan bercakap dengan gaya yang boleh menggairahkan lelaki.
4. Bergaul bebas dengan para lelaki
5. Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan di leher, telinga dan sebagainya.
6. Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah kepada kaum lelaki. Ini termasuklah memakai gincu bibir, memakai pipi merah, berwangi-wangian di luar rumah dan sebagainya.

Sejauhmana harus wanita memperlihatkan perhiasan pada badannya?

Perhiasan pada badan ada dua jenis;
1. Perhiasan yang berada pada bahagian yang bukan aurat (iaitu muka dan tangan); seperti celak, cincin, gelang tangan dan sebagainya. Ia harus diperlihatkan. (*Tentunya tanpa solekan yang menimbulkan ghairah lelaki sebagaimana dinyatakan tadi dalam huraian tentang tabarruj).
2. Perhiasan yang berada di bahagian badan yang aurat iaitu di kepala, kaki, leher dan sebagainya seperti rantai, anting-anting, gelang kaki dan sebagainya. Perhiasan ini haram diperlihatkan kecuali kepada suami dan mahram.


Sumber dari banihashim.blogspot.com






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...