Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Sunday, July 29, 2012

FIQH KHILAF (PERBEZAAN PENDAPAT)

oleh : Ahmad Sughairi, "Law Kana Bainana".














  <3 Khilaf (Perbezaan Pendapat) adalah Rahmat..dan Adab2 nya..
  "Pendapatku benar mungkin salah dan pendapat orang lain yang salah mungkin benar." - Abu Hanifah.

+Para Malaikat juga berkhilaf..
-Malaikat Rahmat dan Malaikat Ahzab pernah berkhilaf tentang seorang lelaki yang pernah membunuh 1000 orang.
-Malaikat Ahzab mendakwa mereka lebih berhak ke atas roh lelaki itu.
-Namun, Malaikat Rahmat membantah bahawa lelaki itu telah bertaubat.
-Akhirnya, Allah SWT telah mengutuskan bahawa roh lelaki itu harus mengikut Malaikat Rahmat.

+Para Nabi juga berkhilaf..
-Nabi Daud dan Nabi Sulaiman berkhilaf tentang kambing. Kisah ini disebut dlm Surah Al-Anbiya'. Cadangan Nabi Sulaiman diterima.
"Maka Kami berikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum yg lebih tepat), dan kepada masing-masing Kami berikan hikmah dan ilmu."
-Kedua-dua mereka telah dipuji oleh Allah walaupun mereka berkhilaf.
"Saya sukakan khilaf antara para sahabat, kerana ia membawa kebaikan." -Umar bin Abdul Aziz.

+Para Sahabat juga berbeza pendapat..
-Banyak khilaf di antara mereka disebut dalam sirah Nabawiyah.
-Salah satu kisah..Bani Quraidhah.
-Rasulullah SAW telah memerintahkan para Sahabat supaya pergi ke Bani Quraidhah.
-Rasulullah SAW memerintahkan supaya tiada sesiapa dibenarkan mendirikan solat Asar sehingga tiba di Bani Quraidhah.
-Dipertengahan jalan, mereka telah berkhilaf kerana telah masuk waktu solat Asar.
-Separuh daripada mereka mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak membenarkan mereka menunaikan solat sehingga tiba di Bani Quraidhah.
-Separuh lagi berpendapat, Rasulullah SAW tidak bermaksud demikian. Rasulullah SAW bermaksud supaya mereka berjalan dengan pantas.
-Sebahagian daripada mereka telah mendirikan solat dipertengahan jalan. Sebahagian lagi telah meneruskan perjalanan dan mendirikan solat Asar secara Qadha' setelah tiba di Bani Quraidhah.
-Setelah selesai urusan mereka mendapatkan Rasulullah SAW, namun Rasulullah tidak mempersalahkan mereka. Dan tidak mengiakan dan menidakkan mana-mana antara mereka.
-Ini menunjukkan khilaf antara para sahabat adalah perkara biasa.

1.Salah satu adab berkhilaf adalah melihat pada percakapannya bukan pada penuturnya.

Khilaf adalah perkara normal. Tapi ada sesetengah pihak yg tidak suka berkhilaf. Mereka mahu semua perkara dipersetujui sebagaimana mereka mahukannya. Mereka ini dikatakan bermimpi kerana mereka tidak mengikut jalan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa sesama manusia.

2.Antara etika khilaf ialah berbaik sangka dengan orang lain.

Matlamatnya ialah supaya kita menguruskan khilaf yg berlaku. Tiada rasa kesal akan timbul setelah berkhilaf selama berjam-jam dan selepas itu ikatan persahabatan tetap akan terjalin erat. Tidak semestinya salah seorang terpaksa menerima pendapat yang lain.

3.Tidak menjadikan khilaf itu sebagai cabaran menguatkan pendapat peribadi.

Telah diadakan mesyuarat di Jordan yang dihadiri oleh para Ulama'. Perbincangan mereka adalah khusus kepada pemuda dan orang yg baru memeluk Islam. Antara mereka yang dihadiri adalah Sheikh Al-Azhar, Al-Sayyid Ali Al-Sistani Mufti Mesir, tokoh Syiah Al-Ja'afariah dan Zaidiyah Mufti Oman, Persatuan Fiqh Arab Saudi, Persatuan Agama Islam Turki, Mufti Jordan, Sheikh Yusuf Dr. Al-Qardhawi, Ali Al-Jaafari, Sheikh Hamzah Yusuf, Ustaz Amru Khalid, Dr. Tareq Al-Suwaidan.
Mereka telah bersepakat bahawa sesiapa yang mengikut salah satu daripada :
-4 Mazhab daripada Ahlul Sunnah Waljamaah (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali)
-Ahli akidah Asha'ari
-pengamal Tasawwuf Hakiki
-ahli pemikiran Salafi yang benar
-Mazhab2 Syiah iaitu Ja'afari, Zaidhi, Abadhi dan Zhahiri.

"Sesiapa-sesiapa yang mengamalkan mazhab-mazhab di atas, mereka adalah seorang Islam. Maka, tidak boleh mengkafirkannya. Darah, maruah dan hartanya dilindungi." Kata-kata ini dikeluarkan oleh para mufti dari negara-negara Islam.

Kesimpulannya, khilaf yang membawa kebaikan adalah rahmat. Nikmat khilaf Ulama' banyak dah bantu kehidupan kita sekarang.Tapi mengeluarkan pendapat memerlukan ilmu dan hujah yang tepat. Pendapat tanpa ilmu yang sahih dan hujah yang tidak tepat, akan memberikan kesan kepada kesesatan. Diam adalah lebik baik daripada menyampaikan kesesatan. Wallahua'alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...