Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Sunday, September 23, 2012

TIPS MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA MENURUT ISLAM..

Diadaptasikan daripada karya Dr Maza.

Pilihanraya kampus UKM
Selasa 25/9/2012
Kolej penginapan 

Assalamualaikum wbt..salam satu fikrah. Dah lama tangan ini tidak menghayunkan kata-kata dan idea untuk perkongsian bersama. Sekarang ini, kampus-kampus di tanah air kita sedang sibuk dengan pilihanraya pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) sessi 2012/2013. Lantas itu, saya berminat untuk berkongsi sedikit panduan dalam pemilihan calon MPP yg layak anda undi. Setiap undian adalah bermakna bagi menentukan keteguhan kepimpinan Islam. Jadi fikir dan undi baik-baik siapa calon MPP pilihan anda. Tips ini dipetik daripada kata-kata Dr. Maza, mantan Mufti Perlis.

Tips 1: Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. 

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. 

Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).

Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih.

Tips 2: Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.

Tips 3: Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab.

Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

Mengundi adalah tanggungjawab kita, sesiapa yang tidak mengundi atau tidak memberikan undi kepada yang selayak (dengan sengaja) ia dikira telah menyembunyikan penyaksian dan ini bersalahan dengan perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 283 yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu menyembunyikan penyaksian, maka sesiapa yang menyembunyikan penyaksian sesungguhnya ia berdosa akan hatinya."

Buatlah pilihan yang bijak..selamat mengundi~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...