Penulis akan pastikan jadual penulis sentiasa sibuk...inshaAllah cuba untuk berdisiplin.
4.45 - 5.00 pagi
Bangun
Baca doa bangun tidur
Baca doa masuk tandas
Mandi dan membersihkan diri
Mengambil wudhuk
Baca doa keluar tandas
Baca doa lepas wudhuk
Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat
Solat Sunat Taubat 2 rakaat
Solat Sunat Witir 1 rakaat (jika belum dilakukan selepas Solat Isyak pada malamnya)
Ulang kaji pelajaran
5.40 pagi
Menjawab azan
Solat Sunat Fajar 2 Rakaat
Solat Subuh
Selitkan doa ayat seribu dinar dan doa katham quran setiapkali berdoa
Membaca Zikir al-Mathurat (pagi)
Baca n hafaz beberapa ayat Quran
Mula
melakukan tugasan kehidupan sebgai pelajar Bismillahirrahmanirrahim dan
niatkan agar semua pekerjaan menjadi ibadah semata-mata kerana Allah...
Sentiasa membaca basmallah bila mulakan setiap kerja, cuba sentiasa
berada dalam wudhuk(usahalah untuk bersolat Sunat Wudhuk 2 rakaat
setiapkali memperbaharui wudhuk).
9.00 pagi
Solat Sunat Dhuha 2 rakaat @ 4 rakaat dengan 2 salam
Baca Surah al-Waqiah
Baca zikir al-Mathurat (pagi) jika tidak sempat selepas Subuh.
(Kalau berada di rumah)
Memasang
kaset/cd orang mengaji quran/zikir secara berterusan dan
bersambung-sambung sebagai back-ground sepanjang melakukan kerja-kerja
rumah. Basahi lidah dengan zikrullah takkala membuat kerja-kerja
memasak, menyapu rumah, menyiram pokok dsb. Lakukan kerja dengan sebaik
mungkin tanpa ada keluhan, tanpa rasa terpaksa, tanpa tertekan.
Banyakkan berselawat, bersyukur dan beristighfar memohon ampun pada
Allah. Sentiasa zahirkan rasa syukur dengan amalan Sujud Syukur. Penuhi
luang waktu dengan mengaji quran, menghafal surah-surah pendek, membaca
Sunnah serta Sirah baginda Rasulullah SAW dsb. Elakkan diri dari berbuat
perkara sia-sia yang tiada manafaatnya dan boleh mengundang dosa. Kawal
diri dari terlibat dalam aktiviti mengumpat dan mendengar umpatan.
1.30 tengahari
Bersedia untuk Solat Zohor
Menjawab azan. Elakkan dari bercakap/berbual semasa azan berkumandang
Solat Kobliah 4 rakaat sebelum Zohor
Solat Zohor
Solat Baadiyah 2 rakaat selepas Zohor
Luangkan masa mengaji quran dan membaca terjemahannya sekurang-kurangnya 2m/s selepas solat.
Sambung balik studi..
4.30 petang
Bersedia untuk Solat Asar
Menjawab azan
Solat Asar
Membaca Zikir al-Mathurat (petang)
Luangkan masa mengaji Quran dan membaca terjemahannya sekurang-kurangnya 2 m/s selepas solat.
Riadah petang-petang
7.15 petang
Bersedia untuk Solat Maghrib
Menjawab azan.
Solat Maghrib
Solat baadiyah 2 rakaat selepas Maghrib
Membaca Zikir al-Mathurat (petang) jika tak sempat selepas waktu Asar.
Usaha
luangkan masa untuk berada di majlis ilmu di surau/masjid berhampiran.
Menutup aurat dengan sempurna takkala keluar dari rumah. Teringat
kata-kata ustaz, kita ke masjid untuk dapatkan hidayah dari Allah
SWT..sesiapa yang duduk dalam majlis ilmu, InsyaAllah Allah akan
lorongkan baginya kebaikan... aminn
8.30 malam
Menjawab azan bila azan dilaungkan
Solat Isyak
Solat baadiyah 2 rakaat selepas solat Isyak.
9.30 malam
Ulang kaji pelajaran.
Sebelum tidur Surah Al-Mulk dan Solat Sunnat Witir.
Hujung Minggu
Lepak kat Library
Majlis ilmu/dakwah/persatuan
Blogging/Facebook
No comments:
Post a Comment