Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Sunday, September 15, 2013

“CGPA UJIAN ATAU RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT??”


Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"


CGPA DEKAN ATAU CGPA DARIPADA ALLAH?

Assalamualaikum warahmatullah...

          Alhamdulillah segala puji kepada Allah yang memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada saya agar menungkilkan sedikit perkongsian tulus ikhlas daripada hati. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, semoga kita peroleh syafaat sebagai umat baginda pada akhirat kelak. 

         Kata Ibnu Qayyim, “Di antara manusia ada yang menpunyai kekuatan ilmu, hingga mampu membuka mata hatinya melihat jalan kebenaran, letaknya, tanda-tanda, halangan-halangan serta melihat rintangan-rintangannya. Dan inilah satu di antara kekuatan yang mendominasinya. Akan tetapi di sisi lain, dia memiliki kelemahan dalam hal amal (tindakan). Ia memang melihat kebenaran itu,namun tidak mahu mengerjakan apa yang menjadi tuntutannya. Ia melihat kerosakan, hal-hal yang menakutkan atau yang menghancurkan, tetapi ia tidak bersikap berhati-hati menjaganya. Ia memang ahli fikih ketika tidak berhadapan dengan amal. Tetapi tatkala dihadapkan dengan urusan amal, ternyata ia mundur bersama orang-orang yang bodoh. Itulah permasalahan yang selalu dialami oleh orang-orang yang terlalu fokus pada masalah ilmu saja. Sedangkan orang yang selamat adalah orang yang selalu dijaga oleh Allah SWT dan tidak ada kekuatan sama sekali kecuali dengan pertolongan Allah SWT.”

Saya terpanggil untuk menulis tajuk ini setelah meneliti permasalahan yang sering dialami oleh para pejuang iaitu para penuntut yang giat aktif menjalankan kerja-kerja dakwah, menguruskan persatuan dan sibuk dengan program-program. Syukur ke hadrat ilahi kepada mereka yang mampu sukses akademik sungguhpun memiliki jadual kehidupan yang padat. Namun begitu, mungkin ada juga sahabat-sahabat yang masih terus menerus diuji oleh Allah dalam usaha untuk mendapatkan kecemerlangan akademik. Sungguhpun begitu wahai sahabatku adat orang berjuang tidak mengaku kalah di pertengahan medan perang. Kalau para salafusolleh menpunyai semangat yang tinggi dalam meraih cita malah tabah mengharungi ujian Allah, mengapa tidak kita?Sebelum itu, wahai sahabatku adakah CGPA yang kita kejar selama ini CGPA Dekan Universiti semata-mata,atau adakah CGPA yang kita cari selama ini adalah sebuah pengikhtirafan daripada Allah? Maka tanya hati dan niat masing-masing. BOleh jadi...CGPA yang kita peroleh benar-benar rahmat daripada Allah atau sebenarnya ujian daripada Allah buat kita. Kalau benar ia rahmat maka bersyukurlah, kalau CGPA ini benar-benar menguji keimanan kita,bagaimana pula ya?Khas buat mereka yang pernah sibuk dalam kebaikan tetapi diuji oleh Allah untuk mencapai CGPA yang diidamkan. Tenang..tenang..



Sabar perisai seorang mukmin. Sahabatku, mungkin ada segelintir mereka pernah meremehkan hasil pencapaian akademik kita disebabkan kesibukan kita dalam mengendalikan urusan. Bahkan mungkin ada juga yang mencela setiap tindakan kita. Contohnya, “Eh, kau sibuk sangat dengan program dakwah-dakwah ni, finally lihat sendiri result kau gedabak jatuh! Apa hal ni,bro?Haha..”. Dalam hal ini saya minta kepada mereka yang pernah menghukum kami (termasuk saya berdasarkan pengalaman lalu) agar lihat kembali masalah yang sering dialami kami. Ok, waktu orang-orang lain sibuk bercuti, kami-kami pula sibuk dengan mesyuarat untuk membincangkan masalah dan solusi berkaitan isu-isu kebajikan dan kemasyarakatan. Tika orang lain sedang nyenyak tidur, barulah kami dapat pulang untuk menikmati rehat dan melaksanakan kembali tuntutan amanah kami sebagai pelajar. Tika orang lain sibuk dengan dunia seronok-seronok kami tiada masa lansung untuk berseronok bahkan kami terpaksa memikirkan setiap permasalahan yang mendatang. Maka ber-husnu zon lah dengan kami!  Dan kepada kita yang pernah merasai herdikan dan kata-kata yang melemahkan, anggaplah ujian ini sebagai tingkatan bagi menentukan tahap keikhlasan kita dalam berurusan kerana Allah.  Apakah kita ikhlas dalam menguruskan urusan selama ini, setelah diri kita sendiri diuji oleh Allah? Adakah ini suatu kifarah, atau sebenarnya kita memerlukan usaha yang lebih disebalik kegagalan tersebut? Mungkin kita kena berkorban lebih lagi!

Syair (bahr kamil) daripada penyair Antarah;
“Aku menahan jiwaku yang tahu, sebab itu jiwaku merdeka, yang selalu kuat (teguh berpendirian) ketika nafsu pengecut muncul..”

Kata Ali bin Abu Thalib,
“Sabar itu kenderaan yang tidak akan terperosok”.

YANG LEBIH UTAMA: BERSABAR ATAU BERSYUKUR???


Dalam hal ini, Abu Faraj bin Jauzi meriwayatkan tiga pendapat. Pendapat pertama, sabar lebih utama. Pendapat kedua, syukur lebih utama. Pendapat ketiga, seimbang seperti yang diucapkan oleh Umar bin Khatab : “Jika sabar dan syukur adalah berwujud dua ekor unta maka aku tidak peduli yang mana aku menunggang." Terdapat argumen-argumen di antara keutamaan sabar dan syukur. Sahabat-sahabat boleh baca selanjutnya penerangan mengenai ini di dalam kitab Ibnu al-Qayyim al-Jauzy (buku Sabar Syukur Kiat Sukses Menghadapi Problematika Hidup keluaran Pustaka Nuun).  Ada ulama berkata, syukur adalah dituju sebagai sasaran, manakala sabar dituju sasaran antara. Dan adalah sabar dipuji kerana ia berafiliasi kepada syukur, maka sabar adalah pelayan syukur. Ada ulama yang mengatakan syukur yang paling utama. Dalam suatu riwayat,  berkata Abu Malih: Nabi Musa berkata: “Wahai Tuhanku, apakah syukur yang paling utama?” Allah berfirman: “Kamu bersyukur kepada Ku atas setiap keadaan”. Dan berkata Bakar bin Abdullah: “Aku tidak tahu apa yang harus ku ucapkan. Hanya saja sebaiknya hamba tidak sepi dari memuji Allah dan beristighfar. Mengingati bahawa manusia berada di antara nikmat dan dosa, di mana nikmat harus dibuat dengan pujian dan syukur, dan dosa harus disikapi dengan taubat dan isitghfar. Bertanyalah lagi dan lapangkanlah ilmuku, sekehendak kamu.”

Dari Abdullah bin Amr (dengan sanad), sebagai hadis yang mauquf:
“4 sikap, di mana orang yang berempat sikap itu adalah Allah membangunkan rumah di syurga: 1)Orang yang penjaga urusannya adalah La ilaha illah; 2) ketika ditimpa musibah diucapkan: Inna lillahi wa inna ilahi rajiun; 3)bila diberi sesuatu maka diucapkan Alhamdulillah; 4) dan ketika berdosa maka diucapkan Astargfirullah”.

Tuntasnya, sebagai hamba Allah kita perlu bersabar, perlunya bersyukur tatkala dihimpit musibah mahupun tika diberi nikmat oleh-Nya. Bangkitlah daripada musibah kerana dalam sabda Rasullah SAW dari hadis Anas bin Malik, “Kesabaran yang sesungguhnya sabar ketika tertimpa musibah yang pertama”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wow, bahagia pun ada formula... =)


"ORANG YANG MEMILIKI SEMANGAT BAGAIKAN SINGA YANG TIDAK AKAN MEMAKAN BANGKAI"

Ayuh sahabatku kita bangkit! Biarkan CGPA lalu sebagai lipatan sejarah yang akan mencetuskan sejarah kecemerlangan kita dalam masa terdekat ini. Pedulikan apa kata mereka yang pernah melemahkan jati diri kita dan lupakan setiap kata-kata yang pernah menyebabkan iman ini menjadi futur. Hidup pasti ada cita-cita! Cita-cita mesti sentiasa hidup! Dari Ibnu Mas’ud r.a, beliau berkata: “Barangsiapa menghendaki akhirat ia akan menderita di dunia, dan barangsiapa menghendaki dunia, maka ia akan menderita di akhirat. Wahai kaum! Demi yang abadi, korbankanlah sesuatu yang fana.” Anda ingat kembali kata Ibnu Qayyim yang saya selitkan dipendahuluan ayat atas? Re-do-lah kembali! Hah! Jangan jadi ahli fikih yang arif tentang hal-hal ilmu sahaja jadilah ahli fikih yang hebat juga dalam urusan-urusan amal. Maksudnya, jika hebat dalam urusan akademik maka hebatlah juga dalam urusan amal (seperti mengendalikan mesyuarat, merancang program-program bermanfaat atau menyelesaikan masalah ummah). Bekorbanlah masa dan tenaga kalian. Apa yang dirunsingkan, kita hanya akan selamat melalui pertolongan Allah!

JANGAN KERANA MENGEJAR KEJAYAAN DUNIA, AKHIRAT DI LUPA....

Yup, menuntut ilmu itu suatu jihad.
Hah, betul-lah siapa tidak mahu 'Dean's List' kan?Perbaiki balik niat! Baguslah kalau ada niat nak dapat Anugerah Dekan tapi janganlah kerana terlalu mengejar Anugerah Dekan sampai sahabat-sahabat membelakangkan agama, langgar suruhan Allah macam tuh je. Janganlah sampai sanggup tinggalkan jemaah, tinggalkan jalan-jalan dakwah semata-mata untuk mencapai matlamat dunia ini. Mukmin yang berjaya meletakkan agama di atas puncak, kejayaan akhirat sebagai sasaran utama dan kejayaan dunia hanya dijadikan sebagai alat menuju sasaran tersebut. "Let's refreshing our mind! Our goal is Allah's List."


LET’S BE BRAVE......

Beranilah sahut cabaran ini! Cabar diri kalian:
1)Banyakkan membaca dan menulis.
2)Banyak berbincang dan bertanya.
3)Banyak melihat (mengadakan perbandingan).
4)Banyak merenung (tafakur)
5)Banyak berbuat dan mencuba.
6)Banyak beribadah dan berdoa.

Kesimpulannya, kejayaan atau kegagalan CGPA sebenarnya memang ujian dan rahmat yang datang daripada Allah SWT. Sama ada kita benar-benar bersyukur dengan rahmat tersebut atau kita ikhlas bersabar dengan setiap ujian-Nya. Ketahuilah ujian Allah bukan hanya dalam bentuk musibah sahaja, adakalanya tanpa kita sedari rupa-rupnya dalam bentuk rahmat. Jadi, jangan cepat futur iman! Jangan cepat berbangga bila peroleh sesuatu kejayaan!
Teruskan berdoa dan bertawakal kepada Allah.

“Terlambatnya masa pemberian Allah di mana engkau telah bersungguh-bersungguh dalam berdoa, janganlah menyebabkan engkau berputus asa (dalam berdoa). Maka ketahuilah bahawa Allah telah menjamin akan mengabulkan semua doa terhadap apa yang Allah telah pilihkan untukmu, tidak pada apa yang engkau pilihkan untuk dirimu (sendiri), dan pada waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang engkau kehendaki”.


Apa lagi deme..ucapkanlah,




SENYUM. ^_^




Saturday, July 13, 2013

Surau An-Nur KIY...Travelog Ukhuwwah Dan Tarbiyyah Kami

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ  
سورة التوبة: الآية: 18.
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. 
(At-Taubah : 18)

 Solat fardhu berjemaah..


Assalamualaikum warahmatullah...

Salah satu ayat di atas ada menceritakan tentang kepentingan solat berjemaah. Namun apa yang saya ingin coretkan bukanlah tentang kepentingan solat berjemaah sahaja tapi bagaimana hikmah solat berjemaah tersebut telah berjaya mengikatkan suatu ukhuwwah Islamiah iaitu ikatan persahabatan yang berlandaskan 'lillahi taala'.

Buat sahabat-sahabat, Surau An-Nur KIY UKM merupakan salah satu tempat di mana saya telah peroleh suatu 'tarbiyyah' dan 'hidayah' semua atas kehendak-Nya. Dengan rasa rendah hati dan syukur, penulis ingin sekali berkongsi dengan sahabat-sahabat kisah tarbiyyah dan ukhuwwah dengan Surau An-Nur KIY UKM. Imbas kembali saat pertama kali melangkah ke UKM. Hati ini sayu...sering resah gelisah lumrah menghadapi permasalahan duniawi. Hati berkocak jiwa sering berkacau... ingin sekali daku menjerit.. "Ya Allah, tunjukkanlah daku ke jalan yang lurus!" Tiada tempat lain... di saat panggilan azan datang menyahut seruan panggilan ilahi, kaki ini tanpa meminta izin daripada tuan badannya ringan sekali mengayunkan langkah ke tempat seruan azan tersebut. Di situlah.. Surau An-nur KIY UKM!

Tik!Tik!Tik! Bunyi air menitik dari paip. Subhanallah.. dengan wuduk percayalah kalian akan dapat suatu ketenangan yang luar biasa. Sebelum menunggu laungan iqamat dari bilal, saya duduk sejenak dengan tujuan ingin memusabahkan semula diri. Ku imbas detik-detik zaman remajaku.. Allahu akhbar zaman penuh kenakalan.. alhamdulillah segalanya bermula dengan solat berjemaah, mungkin ini tarbiyyah Allah bagi buatku. Kata-kata yang tidak pernah kulupakan daripada seorang senior KMPH, "Sahabat yang baik...kita hanya akan jumpa ditempat yang baik-baik."
"Allahu akhbar..Allahu akhbar..", laungan iqamat daripada bilal. Ayuh, dirikan solat! Ku bangun untuk menyahut panggilan ilahi. Di kiri dan kanan ku muncul sekujur tubuh yang sedang berusaha merapatkan diri mereka kepada ku dengan tujuan untuk merapatkan saf. Usai solat berjemaah, kami bersalaman, saling mencium pipi kiri dan kanan sunatullah sebanyak tiga kali. Lalu, kami mulakan salam taaruf pertama kami. Wah, sahabat-sahabat saya yang baru ini daripada berlainan fakulti. Alhamdulillah, banyak ilmu dan perkongsian yang saya boleh ambil dari mereka.

Saya mula berjinak-jinak dengan memakai tudung labuh dan bergaul dengan sahabat-sahabat yang baik-baik seperti mereka. Di surau kami acap kali sering mengadakan majlis ilmu. Tiap hari Isnin kerap diadakan bedah kitab "Munyat Ul-Musalli" tentang cara-cara bersolat oleh Ustaz Hussain Yusri. Kadang-kadang pada hari Rabu akan ada ceramah daripada ustaz-ustaz tertentu. Alhamdulillah..setiap kali ada majlis ilmu di surau sahabat-sahabat keimananku tadi pasti ada sekali.

WANITA SESUAI SOLAT DI MASJID/SURAU ATAU DI BILIK???

Waktu solat hajat berjemaah

Saban hari jumlah jemaah muslimat makin sedikit. Yang kerap menemaniku cuma 3-5 orang akak-akak senior.  Makin hari makin risau... ingin mencari pelapis-pelapis yang akan menggantikan akak-akak senior kelak bakal meninggalkan surau kami. Ya Allah moga Allah kuatkan hati ini untuk turut beristiqamah mengimarahkan surau ini. Mungkin persoalan ini pernah timbul dalam benak hati mana-mana muslimat termasuk diriku. Di tempat mana sesuai untuk muslimat bersolat, surau/masjid atau di dalam bilik? Fikirkan semula kalau di bilik, adakah muslimat ini akan solat berjemaah dengan teman sebilik? Hmmm... rugi kalau persia-siakan 27 ganjaran pahala solat berjemaah. 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ. رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu menghalang para wanita untuk datang ke masjid-masjid Allah SWT". (Riwayat Bukhari dan Muslim.)


Rasa tiada halangan untuk kita keluar berjemaah wahai muslimat, andai pakaian kita menutup aurat secara rapi dan tidak keterlaluan dalam memakai wangian sehingga boleh mendatangkan fitnah kepada pihak muslimin. Tambahan pula, keselamatan sekarang terjamin berbanding dengan zaman-zaman dahulu. Bila lagi waktu sesuai untuk kita keluar berjemaah sebelum tanggungjawab berumahtangga tergalas di bahu kita. Bayangkan jika kita keluar untuk ke surau/masjid dalam keadaan berwuduk setiap langkah kita akan dicatat oleh malaikat. Ditambah pula dengan pahala sebab mengeratkan silaturahim. Saat untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat keimanan merupakan saat yang saya sering nantikan. Kerinduan kami akan terubat setiap kali dapat solat berjemaah bersama-sama. Setiap kali kita bersalam dan memohon maaf  dengan sahabat maka gugurlah dosa-dosa lama antara kita dan sahabat-sahabat.


SURAU TEMPAT: 'MAKAN-MAKAN'  IKAT HATI KAMI

Orang kata kalau kita ingin ikat hati seseorang, kita ikat perut mereka dahulu. Trend kami keluarga Surau An-Nur KIY selepas solat berjemaah ada sedikit jamu makan-makan. Kalau muslimat bawa makanan lebih, muslimat biasa akan sedekahkan makanan kepada muslimin dan begitu sebaliknya. Kalau rajin, lepas Asar kami akan gotong-royong masak sama-sama. Waktu ini adik-beradik keimanan kami semua akan turun masak-masak sekali. Kalau nak jumpa pihak muslimin waktu ni je. Kalau tak semua sembunyi di sebalik tirai. Hehehe..maaf gurau je. Setiap kali kalau teringat adik-beradik keimanan, yang bermain dalam minda saya adalah 'makan-makan' bukan sebab saya ini kuat makan tapi dengan 'makan-makan' secara berjemaah percayalah hati kita dah bertaut lillahi taala. Kali terakhir dapat rasa suapan terakhir daripada senior muslimat yang berperisakan air mata ialah ketika malam majlis perpisahan kami. Enak sangat...ada rasa ukhuwah tau. Trend masak-memasak ini akan diwarisi oleh setiap lapisan keluarga An-Nur.


 Hebat tak kami memasak??? hehehe..


 BUDAK SURAU..BUDAK SURAU..

Aduhai, dari mana datang panggilan budak surau?  Lazimnya, orang akan mendiskriminasikan kami dengan panggilan budak surau. Tudung labuh sedikit, berkopiah sedikit..terus panggil kami budak surau. Macam mana tuh?Setiap kali program di surau, asyik-asyik muka sama. Orang kata kalau AJK Surau atur program, muka sama sahaja yang hadir itu kira program syok sendiri. Tidak, sebenarnya kami sentiasa rindukan ahli baru untuk muncul dalam keluarga kami. Hari-hari kami nantikan kelibat baru bagi memperbanyakkan saf solat berjemaah kami. Kami sentiasa menantikan kehadiran saudara mara kami yang lain agar mengimarahkan rumah ibadat Allah ini. Istilah 'budak surau' patut digugurkan dalam minda masyarakat, setiap orang adalah 'budak surau' kerana setiap daripada kita telah diamanahkan oleh Allah untuk mengimarahkan rumah-rumah ibadat Allah seperti dalam Surah At-Taubah ayat 18. Biar apapun yang terjadi, jadi tanggungjawab kita untuk pastikan Surau An-Nur KIY sentiasa hidup dengan majlis ilmu dan majlis zikir. InshaAllah...


UKHUWAH FILLAH.. DEMI MAUMALAT KERANA ALLAH

Alhamdulillah..segala puji kepada Allah yang telah mempertemukan kita dan mengikat hati kita untuk sama-sama menjalankan kerja dakwah ini. Tahniah, kepada pihak muslimin dan tahniah juga kepada pihak muslimat kerana memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program-program kita berlansung. Ikhtilat (pergaulan muslimin dan muslimat) yang terjaga dan sama-sama memperbaiki taqwa merupakan prinsip kita sebagai para daie yang bersedia untuk belajar daripada kesilapan lalu. Ukhuwah lillahi taala menjadi tunjang demi keberkesanan muamalat kita kerana Allah. Bak kata Sdn. Bhd., "Tiada muslimin tiadalah pengangkat  tong gas, tiada muslimat tiadalah berasap dapur kita". Sama-samalah kita saling melengkapi, menpercayai dan menghormati kerana Allah taala. Andai diantara kita semakin jauh dan jatuh, tariklah kembali agar sama-sama semakin dekat dan tegak kepada Dia.

Teruskan usaha kalian mengimarahkan Surau An-Nur...
Teruskan semangat kalian dalam jalan dakwah...
Teruskan mengekalkan silaturahim di antara kita.. 
Moga kita dipertemukan semula di Syurga..
Selamat maju  dan jaya kepada sahabat-sahabat sekalian... moga dirahmati Allah. Amin.

Salam dan maaf  sangat dipinta.



                         Buat muslimat-muslimat sayang..


 Buat muslimin-muslimin yang bijaksana.. 
(maaf tidak menyimpan gambar kalian)


Kekalkan ukhuwah lillahi taala... teruskan semangat kalian



Jom sama-sama kita tambahkan bilangan saf kita



 Kenangan yang terpahat, sentiasa diingati..




-SEKIAN-





















Thursday, February 14, 2013

Cara Mengira GPA dan CGPA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang..

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."
(Surah Al-Baqarah:269) 


ASSALAMUALAIKUM....



Alhamdulillah..masih lagi diberi ruang untuk menulis. Penulis baru sahaja menerima keputusan peperiksaan Semester 3. Alhamdulillah..baik atau buruk keputusan harus diterima dengan redha. Anggap sahaja semua ini adalah tarbiyyah daripada Allah. Jangan berhenti semangat yang sedang membara..terus tanamkan azam. Jangan perkecilkan impian kerana kecilnya kemampuan sedia ada. Fikirkan bagaimana untuk perbesarkan kemampuan sekarang. Ada orang keputusan cemerlang, mungkin Allah mahu uji mereka dan melihat sama ada kecemerlangan tersebut mendekatkan mereka kepada Allah. Dan ada orang keputusannya sederhana tidak cemerlang, mungkin Allah mahu uji dan melihat sejauh mana mereka bersungguh-sungguh berusaha bagi menggapai kecemerlangan dan kedekatan mereka dengan Allah. Apapun..berbalik kepada tujuan utama kita dilahirkan di muka bumi ini. Maka, letakkan kebergantungan hidup kita tinggi kepada Allah. Mungkin kecemerlangan hanyalah suatu asbab untuk kita mendapat kelayakan di dunia bagi mengejar cita-cita akhirat. Tapi jangan lupa, rezeki dan kebahagiaan adalah suatu ketetapan yang hanya diketahui oleh Allah.
Hari-hari kita akan diuji..maka jangan ingat hari ini aku dah lulus atau gagal ujian tersebut. Bertenang..Allah ada di samping kamu. Berdoalah moga kamu kuat dan tabah bagi menghadapi ujian yang mendatang.

Baik, sekarang penulis nak ajak sahabat-sahabat semua berfikiran positif. Pejamkan mata sekejap, cuba bayangkan perkara yang sahabat-sahabat semua paling suka di dunia. Senyum..! Sekarang kita akan belajar macam mana untuk mengira GPA dan CGPA. InsyaAllah..bagi yang bercita-cita untuk meningkat prestasi akademik kena mahir formula ini dan mula buat 'target' gred bagi subjek-subjek SEM depan. Kita mulakan sekarang...!!!

Secara ringkas GPA ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu. Contohnya ada subjek anda dapat A, ada subjek dapat B-, ada subjek dapat C. Gred A memberi nilai 4.00, manakala gred B- memberi nilai 2.67 dan gred C memberi nilai 2.00. Purata Nilai Gred anda ialah purata bagi semua keputusan!

CGPA pula bermaksud Cumulative Grade Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan anda bagi semua semester yang telah dilalui.
GPA = untuk satu-satu semester sahaja
CGPA = untuk keseluruhan semester yang telah dilalui

Sebelum mengira GPA dan CGPA, anda perlulah mengetahui elemen-elemen yang digunakan dalam pengiraan CGPA. Elemen-elemen tersebut ialah :-
a) Bilangan Kredit
b) Mata Nilai – Nilai yang dibawa oleh sesuatu gred. Contohnya Gred A=4.00, Gred B=3.00
c) Jumlah Mata Nilai – Hasil darab Mata Nilai dengan Bilangan Kredit
Formula asas bagi pengiraan CGPA ialah Hasil Tambah Jumlah Mata Nilai dibahagikan dengan Hasil Tambah Kredit.
Sebagai contoh, cuba lihat pengiraan berikut:-

Keputusan Semester 1
SubjectKreditGredMata NilaiJumlah Mata Nilai

1Programming For Engineers3B3.009.00
2Statics3B3.009.00
3Thermodynamics I3A-3.7011.10
4Laboratory I2A-3.707.40
5Calculus2B-2.705.40
6English For Academic Communication2B-2.705.40
7Islamic And Asian Civilization I2B+3.306.60
Pengiraan GPA Bagi Semester 1 :-
GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit
GPA=9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60
3+3+3+2+2+2+2
GPA=53.90
17
GPA sem 1=3.17

Keputusan Semester 2
SubjectKreditGredMata NilaiJumlah Mata Nilai

1Dynamics3B3.009.00
2Engineering Drawing3B+3.309.90
3Material Science3C-1.705.10
4Engineering Mathematics3B-2.708.10
5Islamic And Asian Civilization II2B-2.705.40
6Swimming I1A4.004.00
Pengiraan GPA Bagi Semester 2 :-
GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit
GPA=9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00
3+3+3+3+2+1
GPA=41.50
15
GPA sem 2=2.77


Sekarang anda dah tahu macam mana nak kira GPA. Sekarang kita tengok pulak cara nak kira CGPA.
Pengiraan CGPA Bagi Semester 1:-
Untuk semester pertama, nilai CGPA dan GPA adalah sama kerana purata diperoleh dengan mengira keputusan satu semester sahaja iaitu semester 1. Oleh itu CGPA = GPA untuk semester pertama sahaja.
CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA=53.90
17
CGPA sem 1=3.17


Pengiraan CGPA Bagi Semester 2 :-
Pada semester kedua, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.
CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA=53.90+41.50
17+15
CGPA=95.40
32
CGPA sem 2=2.98
SELAMAT MENCUBA...SELAMAT PASANG TARGET BARU TAU!

Mulakan langkah anda sekarang...
"Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

" Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya." ( Al Insyiqaaq : 6 )

" Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan ". ( Al-Hujuraat : 18 )



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...