Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Wednesday, February 8, 2012

Kanak-kanak yang belum baligh tidak layak berada di Saf hadapan dalam Solat Jemaah ? Orang Kata ? Fakta atau Dusta ?




Di sudut kerahmatan dan masyarakatan umpamanya, banyak masjid kita masih tidak dengan remaja dan kanak-kanak. Golongan ini sentiasa rasa kurang selesa atau bimbang dengan layanan orang masjid kepada mereka. Takut-takut dimarahi jika tersilap. Jika tidak pun, mereka kurang diberi layanan yang sewajarnya. Lebih teruk lagi ada masjid yang membuat penempatan khas untuk kanak-kanak ketika solat.

Mereka dijarakjauhkan daripada saf orang dewasa. Kadangkala jauhnya itu pulang diselang beberapa saf. Ditulis pula satu papan tanda "saf kanak-kanak". Ini semua berpunca daripada"khurafat" yang disandarkan kepada fikah kononya jika kanak-kanak yang belum baligh atau belum sunat tidak layak solat disaf hadapan. Adakah ini ajaran islam ? Dimanakah dalil dan hujahnya ?

Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan akal. Ketika Ibn Abbasmasih kanak-kanak, Rasulullah S.A.W bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas bersolat di tepi baginda.


Kata Ibn Abbas :

" Rasulullah S.A.W bangun solat malam, aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri Baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan Baginda." ( Riwayat Al-Bukhari )

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang Baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami." ( Riwayat Al-Bukhari )

Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah S.A.W menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.

Kata Syeikh Nasir ad-Din al-Albani : "Adapun menjadikan saf kanak-kanak dibelakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam satu saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas."

Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah S.A.W menjadi hujah dalam masalah ini ( Al-Albani, Taman-alminah, 284, Riyadh Dar ar-Rayah )


Layanan Buruk

Hasil lain daripada kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang solat keluar dari saf kerana dia hendak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di Masjid.

Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang perampas yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.

Ada juga masjid pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti mengganggu keheningan masjid. Dukacita sikap sedemikian tersimpan dalam perasaan sesetangah orang. Hal ini kerana sesetengah kita lebih ingin menjaga warna karpet baru dari daripada berkempen mendapat jemaah baru.

Dalam hadis Nabi S.A.W, baginda bersabda :

"Aku mendirikan solat ( sebagai imam ) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya." ( Riwayat Al-Bukhari )


Lihatlah sikap mesra pelanggan yang ditunjukkan oleh Baginda. Maka tidak hairan, masjid di zaman Baginda menjadi tempat terpautnya hati setiap generasi. Hadis ini juga memberi maksud imam mesti meringankan solatnya, jika makmum ramai di belakangnya.

Demikianlah Nabi S.A.W menjaga perasaan ahli jemaahnya. Adapun kita, jika anak menangis, ibunya pasti dipandang sinis. Maka jangan hairan jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih diberi layanan ketika berada di pusat-pusat hiburan, jika dibandingkan dengan masjid. Kemudian kita"bising" apabila jenerasi muda tidak minat dengan masjid atau tidak selesa dengan masjid.

Bukan alasan jika kanak-kanak berada di saf hadapan, akan bising mengganggu solat, itu alasan yang kuno sama sekali, adalah lebih bising kanak-kanak itu dikumpulkan dalam satu saf khas, kerana akan bertemu "Ultraman dan "Doreamon". Jika saf kanak-kanak diselang selikan dengan saf orang dewasa, adakah akan berlaku bising ? pastinya tidak..maka fikirlah kita semua.

Lakukanlah cara nabi yang dipertontonkannya, bukannya dengan akal fikiran kita sahaja.

.. ♥ ♥ ♥ KHUTBAH TERAKHIR RASULULLLAH SAW ♥ ♥ ♥ ..

Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

DARI : MUHAMMAD SAW

♥ NOTA HATI : Jika kita cinta kepada nabi Muhammad SAW maka ikutilah pesanan khutbah terakhir nabi Muhammad SAW. Kemudian, hidupkanlah sunnah Baginda. Berselewat kepada Baginda.

KISAH NERAKA







Kisah di neraka..naudzubillah..

kisah 1:

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

“Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu Neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

kisah 2:

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

kisah 3:

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

kisah 4:

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

kisah 5:

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid”, saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH”.

Luangkan masa utk membaca sahabat2 sekalian…moga mendapat iktibar dan manfaatnya..
Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..smoga kta mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat dan juga buat diri sendiri..
~renungan bersama~
[copy dari sahabatku Nor Syahida Suryani]

[KISAH PERBUALAN ANTARA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DENGAN IBLIS LAKNATULLAH]




Soalan Nabi : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."


Soalan Nabi : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."


Soalan Nabi : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."


Soalan Nabi : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."


Soalan Nabi: "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."


Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"

Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".


Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?"

Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".


Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"

Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu". "Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".


Soalan Nabi : "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".

Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"


Maka firman Allah SWT : "Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu".

Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat

2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"


Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.

sumber: http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah-2.php http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/788-kisah-perbualan-antara-junjungan-nabi-muhammad-saw-dengan-iblis-.html

Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata




Sahabat yang dikasihi Allah,
Sejak lebih seribu tahun yang lalu, berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam bagi menghalang perkembangan Islam. Setelah gagal, usaha itu ditumpukan dengan merosakkan aqidah orang Islam dan memberikan pelbagai tanggapan negatif terhadap ajaran Islam. Selain itu usaha juga dibuat untuk melemahkan kekuatan dan kebangkitan Islam sebagai satu kuasa baru dunia. Ini dilakukan dengan memecahbelahkan perpaduan dan kesatuan umat Islam sehingga mencetuskan perbalahan, pergaduhan serta peperangan yang tidak kunjung padam. Semua ini adalah dalang ada yang merancangnya. Tangan halus di sebalik pergolakan itu tidak lain ialah orang Yahudi dan Nasrani. Sebagaimana yang disebut dalam Al-Qur'an surah Al-Baqarah ayat 120, firman Allah yang bermaksud :
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah :'dan Sesungguhnya jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu. Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolongmu'."

Kedua-dua golongan itu tidak akan redha sehingga umat Islam mengikut cara hidup mereka. Salah satunya ialah dengan memurtadkan orang Islam melalui penjajahan pemikiran, budaya dan fizikal dalam bentuk yang baru.

Orang Yahudi (gerakan Zionis) menggunakan badan kebajikan atas nama Freemason, Lion Club dan badan bukan kerajaan (NGO). Gerakan ini cukup teratur dan mempunyai matlamat jangka masa panjang untuk menghancurkan umat Islam menggunakan apa sahaja cara. Pada mereka matlamat boleh menghalalkan apa sahaja cara.

Gerakan Kristian juga memainkan peranan yang cukup aktif. Mereka memurtadkan orang Islam dengan cara diplomasi dan tektik lemah lembut yang digunakan oleh para mubalignya. Pusat dakwah mereka untuk orang-orang melayu adalah berpusat di Singapura, kerana di Singapura dibenarkan kebebasan beragama dan terdapat Persatuan Melayu Kristian berdaftar secara resmi dengan kerajaan Singapura. Disini telah dilatih beribu-ribu Paderi Melayu untuk menjadi mubalignya untuk kawasan Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei).

Agama Hindu juga berperanan mempengaruhi umat Islam terutama dikalangan India Muslim untuk mengajak gadis-gadis Islam kepada agama mereka. Oleh kerana pengaruh filem Bollywood telah bertapak lama di dalam masyarakat Islam maka tidak hairanlah kalau ianya menjadi faktor penting boleh mempengaruhi aqidah umat Islam.

Pada kita membincangkan mengenai gerakan agama lain, kita jangan lupa tentang usaha yang dilakukan oleh golongan munafik untuk memurtadkan orang Islam dengan menyebarkan pelbagai ajaran yang menyeleweng daripada Islam. Kemunculan ratusan ajaran sesat seharusnya menyedarkan kita bahawa kedudukan aqidah dan umat Islam benar-benar berada didalam keadaan terancam. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan Ajaran Ayahpin yang menganggap dia sama seperti Tuhan dan Ajaran Kahar yang mendakwa sebagai rasul melayu. Yang menjadi kehairanan kita ajaran yang songsang ini pun masih ada orang yang sanggup menjadi pengikut mereka.

Sahabat yang dimuliakan,
Di dalam Al-Qur'an, Allah s.w.t. telah menyebut tentang murtad. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "..Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya."
(Surah Al-Baqarah ayat 217)

Hukum asal bagi orang yang murtad ialah dibunuh. Ini berdasarkan kepada hujah dan dalil hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad) maka bunuhlah dia." Hukum bunuh ini wajib dikenakan kepada semua penjenayah murtad samaada lelaki ataupun perempuan, tua ataupun muda tanpa sebarang perbedzaan.

Menurut fakta yang dibentangkan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria dengan bilangan 100,000 orang Melayu menukar agama, sesuatu yang cukup serius lagi mencabar.

Dibawah ini dinyatakan beberapa contoh kes murtad yang berlaku keatas umat Islam :
1. Aisyah binti Bukhari (Pontian, Johor) menukar kepada agama Kristian dan dilarikan ke Vatican (Pusat Pentadbiran Kristian Katolik) berkahwin dengan pemuda kristian.

2. Hartini binti Kamarudin (Kampar Perak) bertukar nama menjadi Nivashiny (menganut agama Hindu) berkahwin dengan pemuda hindu bernama Rajeswaran.

3. Norfazilah binti Abd Aziz (Seremban, N.Sembilan) menukar kepada agama hindu dan telah berkahwin dengan pemuda hindu.

4. Siti Salam binti Md. Yasin (Ulu Tiram Johor) menukar agama kepada agama hindu, dan berkahwin dengan pemuda hindu.

5. Azlina binti Jailani (Banting, Selangor) bertukar kepada agama Kristian dengan menukar namanya Lina Joy. Kes ini mengemparkan umat Islam kerana beliau berani membawa kesnya ke mahkamah untuk mengistiharkan bahawa dia bukan lagi wanita Islam dan ingin menukar status agama dalam maykadnya, tetapi beliau gagal kerana kes melibatkan agama mesti di rujuk kepada Mahkamah Syariah.

Oleh kerana kes murtad telah menjadi seperti barah dalam masyarakat kita maka setiap pihak samaada pemerentah, pihak berkuasa agama Islam, Mufti-mufti, para pendakwah, ahli-ahli politik beragama Islam dan setiap individu Muslim perlulah mengambil langkah proaktif untuk menyelamatkan aqidah umat Islam dari diceroboh oleh agama lain.

Pusat-pusat dakwah dan NGO Islam dan perlu bekerjasama dan saling bantu membantu tanpa mengira fahaman politik, untuk memberi kefahaman dan kesedaran Islam di semua peringkat umat Islam supaya mereka tidak terpengaruh dengan ajaran agama lain dan ajaran sesat dan kembali memahami dan memperaktikkan Islam sebagai satu cara hidup.

(Artikal ini dipetik dari buku tulisan Saudara Baru Ann Wan Seng dalam bukunya bertajuk "Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata")

PERNAH DENGAR ISTILAH KHIMAR,JILBAB DAN HIJAB???

Menutup aurat tu wajib♥ menutup aurat dapat tutup keaiban kita♥ menutup aurat juga dapat meninggikan darjat kita♥ menutup aurat juga lambang kita tahu menjaga maruah kita♥ cuba-cubalah menutup aurat dengan baik kemudian berakhlak dengan baik...percayalah lelaki-lelaki baik pasti menanti kita.

ISTILAH KHIMAR,JILBAB DAN HIJAB.

Ramai tidak tahu apa itu khimar, jilbab dan hijab. Hijab,khilmar dan jilbab..ada perbezaannya. Hijab lebih luas maksudnya. Ia mencakupi segala sesuatu yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita termasuklah jilbab dan khimar. Jilbab dalam bahasa Arab bermaksud baju labuh, longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti jubah dan baju kurung. Khimar pula adalah tudung kepala yg dipanjangkan hingga menutupi kerahan leher dan dada. Ia juga wajib sebagaimana disebut dalam surah an-Nur.

Nak pakai selendang boleh..tapi pastikan tidak jarang&singkat..kalau nak pakai tudung singkat(khimar) pastikan baju tebal, keras dan tidak membentuk tubuh badan sedikitpun. Tapi jilbab di Malaysia(baju kurung/jubah/baju tutup bdn) nipis & nampak potongan badan..kan elok kalau dilabuhkan khimar(tudung). Firman Allah SWT,“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31]. Majoriti ulamak termasuk Ibnu Abbas mentafsirkan aurat bagi wanita adalah seluruh anggota badan(termasuk rambut &leher) kecuali muka dan tapak tangan. Jadi jangan cuba nak tunjuk-tunjuk 'barang' perhiasan kita.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab :
"Wahai nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu."(al-Ahzab:59)

♥ NOTA HATI: Tak salah untuk berfesyen asalkan pakaian menutup aurat dan penampilan tidak keterlaluan (takut tabarujj). Islam meraikan kehendak & keperluan penganut asalkan tidak melanggar syarak. Lelaki secara fitrahnya sukakan keindahan. Islam ajar kita tutup aurat supaya keindahan kita tidak sewenang-wenangnya diteguk oleh lelaki ajnabi.

Created by: Noor Atikah Rozemi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...