Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Inspirasi


KEYAKINAN SENTIASA BERIRINGAN DENGAN KEAJAIBAN



Antara keyakinan dan mencuba-cuba jelas memang berbeza. Tokoh-tokoh pemimpin yang berjaya mengeluarkan umat Islam daripada kemiskinan kepada kekayaan ialah orang-orang yang memiliki keyakinan yang paling teguh kepada Allah. Contohnya, Umar al-Khatab, Umar Abdul Aziz, Harun ar-Rasyid,Mahmud az-Zanki & Solahuddin al-Ayyubi.

Apabila keyakinan itu mulai luntur, empayar Islam turut mengalami kemunduran sehinggalah kini. Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunia dan ath-Thabarani dengan sanad yang dapat disahihkan sesuai dengan mazhab Ibnu Hibban, Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takuti bagi umatku adalah kelemahan yakin." 

Hakikatnya kita sebagai Muslim sejati mesti dalam keyakinan, iaitu yakin kepada Allah, juga kepada diri sendiri. Setiap perkataan anda akan memberi kesan kepada tindak balas otak. Otak manusia bekerja ibarat sebuah komputer yg sangat canggih. Ia memproses setiap kata yg kita masukkan(input) lalu otak merealisasikannya dalam bentuk zahir. "APABILA KATA-KATA ITU TEGAS DAN JELAS,MAKA OTAK KITA DAPAT MELAKSANAKAN TUGASNYA DENGAN BAIK". Mulakan dengan kata-kata penuh keyakinan,"SAYA AKAN MELAKUKAN INI", bukan dengan kata-kata yang meragukan,"SAYA CUBA MELAKUKANKNYA".

ANDA BOLEH! ANDA MAMPU BUAT LEBIH HEBAT!
Yakinlah dengan segala kemampuan anda. Kerana keyakinan boleh dipelajari dan dilatih. Yakinlah..Allah sentiasa disisi kita.

Kata Zun Nun al-Misri ada 3 keyakinan iaitu:
"Melihat Allah pada segala sesuatu, merujuk kepada-Nya pada segala sesuatu, dan meminta bantuan daripada-Nya dalam segala sesuatu."

Nota: Perbaiki keyakinan anda...setelah berusaha, tawakallah pada DIA kerana DIA-lah sebaik-baik tempat pertolongan. Yakinlah..teruskan kejar keajaiban yang anda dambakan.
Selamat berjihad! TAKBIR!!!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...