Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"
(Al-Mulk 67:2) |
CGPA DEKAN ATAU CGPA DARIPADA ALLAH? |
Assalamualaikum warahmatullah...
Alhamdulillah
segala puji kepada Allah yang memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada saya
agar menungkilkan sedikit perkongsian tulus ikhlas daripada hati. Selawat dan salam
kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, semoga kita peroleh syafaat sebagai umat
baginda pada akhirat kelak.
Kata Ibnu
Qayyim, “Di antara manusia ada yang menpunyai kekuatan ilmu, hingga mampu
membuka mata hatinya melihat jalan kebenaran, letaknya, tanda-tanda,
halangan-halangan serta melihat rintangan-rintangannya. Dan inilah satu di
antara kekuatan yang mendominasinya. Akan tetapi di sisi lain, dia memiliki
kelemahan dalam hal amal (tindakan). Ia memang melihat kebenaran itu,namun
tidak mahu mengerjakan apa yang menjadi tuntutannya. Ia melihat kerosakan,
hal-hal yang menakutkan atau yang menghancurkan, tetapi ia tidak bersikap
berhati-hati menjaganya. Ia memang ahli fikih ketika tidak berhadapan dengan
amal. Tetapi tatkala dihadapkan dengan urusan amal, ternyata ia mundur bersama
orang-orang yang bodoh. Itulah permasalahan yang selalu dialami oleh
orang-orang yang terlalu fokus pada masalah ilmu saja. Sedangkan orang yang
selamat adalah orang yang selalu dijaga oleh Allah SWT dan tidak ada kekuatan
sama sekali kecuali dengan pertolongan Allah SWT.”
Saya terpanggil untuk menulis tajuk ini setelah meneliti
permasalahan yang sering dialami oleh para pejuang iaitu para penuntut yang
giat aktif menjalankan kerja-kerja dakwah, menguruskan persatuan dan sibuk
dengan program-program. Syukur ke hadrat ilahi kepada mereka yang mampu sukses
akademik sungguhpun memiliki jadual kehidupan yang padat. Namun begitu, mungkin
ada juga sahabat-sahabat yang masih terus menerus diuji oleh Allah dalam usaha
untuk mendapatkan kecemerlangan akademik. Sungguhpun begitu wahai sahabatku adat
orang berjuang tidak mengaku kalah di pertengahan medan perang. Kalau para
salafusolleh menpunyai semangat yang tinggi dalam meraih cita malah tabah
mengharungi ujian Allah, mengapa tidak kita?Sebelum itu, wahai sahabatku adakah CGPA yang kita kejar selama ini CGPA Dekan Universiti semata-mata,atau adakah CGPA yang kita cari selama ini adalah sebuah pengikhtirafan daripada Allah? Maka tanya hati dan niat masing-masing. BOleh jadi...CGPA yang kita peroleh benar-benar rahmat daripada Allah atau sebenarnya ujian daripada Allah buat kita. Kalau benar ia rahmat maka bersyukurlah, kalau CGPA ini benar-benar menguji keimanan kita,bagaimana pula ya?Khas buat mereka yang pernah sibuk dalam kebaikan tetapi diuji oleh Allah untuk mencapai CGPA yang diidamkan. Tenang..tenang..
Sabar perisai seorang mukmin. Sahabatku, mungkin ada
segelintir mereka pernah meremehkan hasil pencapaian akademik kita disebabkan kesibukan kita dalam mengendalikan urusan. Bahkan mungkin ada juga yang
mencela setiap tindakan kita. Contohnya, “Eh, kau sibuk sangat dengan program dakwah-dakwah ni, finally lihat sendiri result kau gedabak jatuh! Apa hal ni,bro?Haha..”. Dalam hal
ini saya minta kepada mereka yang pernah menghukum kami (termasuk saya
berdasarkan pengalaman lalu) agar lihat kembali masalah yang sering dialami
kami. Ok, waktu orang-orang lain sibuk bercuti, kami-kami pula sibuk dengan
mesyuarat untuk membincangkan masalah dan solusi berkaitan isu-isu kebajikan
dan kemasyarakatan. Tika orang lain sedang nyenyak tidur, barulah kami dapat pulang
untuk menikmati rehat dan melaksanakan kembali tuntutan amanah kami sebagai pelajar. Tika orang
lain sibuk dengan dunia seronok-seronok kami tiada masa lansung untuk berseronok bahkan kami terpaksa memikirkan setiap
permasalahan yang mendatang. Maka ber-husnu zon lah dengan kami! Dan kepada kita yang pernah merasai herdikan
dan kata-kata yang melemahkan, anggaplah ujian ini sebagai tingkatan bagi
menentukan tahap keikhlasan kita dalam berurusan kerana Allah. Apakah kita ikhlas dalam menguruskan urusan
selama ini, setelah diri kita sendiri diuji oleh Allah? Adakah ini suatu kifarah, atau sebenarnya kita memerlukan usaha yang lebih disebalik kegagalan tersebut? Mungkin kita kena berkorban lebih lagi!
Syair (bahr kamil) daripada penyair Antarah;
“Aku menahan jiwaku yang tahu, sebab itu jiwaku merdeka,
yang selalu kuat (teguh berpendirian) ketika nafsu pengecut muncul..”
Kata Ali bin Abu Thalib,
“Sabar itu kenderaan yang tidak akan terperosok”.
YANG LEBIH UTAMA: BERSABAR ATAU BERSYUKUR???
Dalam hal ini, Abu Faraj bin Jauzi meriwayatkan tiga
pendapat. Pendapat pertama, sabar lebih utama. Pendapat kedua, syukur
lebih utama. Pendapat ketiga, seimbang seperti yang diucapkan oleh Umar bin
Khatab : “Jika sabar dan syukur adalah berwujud dua ekor unta maka aku tidak
peduli yang mana aku menunggang." Terdapat argumen-argumen di antara keutamaan
sabar dan syukur. Sahabat-sahabat boleh baca selanjutnya penerangan mengenai
ini di dalam kitab Ibnu al-Qayyim al-Jauzy (buku Sabar Syukur Kiat Sukses
Menghadapi Problematika Hidup keluaran Pustaka Nuun). Ada ulama berkata, syukur adalah dituju
sebagai sasaran, manakala sabar dituju sasaran antara. Dan adalah sabar dipuji
kerana ia berafiliasi kepada syukur, maka sabar adalah pelayan syukur. Ada
ulama yang mengatakan syukur yang paling utama. Dalam suatu riwayat, berkata Abu Malih: Nabi Musa berkata: “Wahai
Tuhanku, apakah syukur yang paling utama?” Allah berfirman: “Kamu bersyukur
kepada Ku atas setiap keadaan”. Dan berkata Bakar bin Abdullah: “Aku tidak tahu
apa yang harus ku ucapkan. Hanya saja sebaiknya hamba tidak sepi dari memuji
Allah dan beristighfar. Mengingati bahawa manusia berada di antara nikmat dan
dosa, di mana nikmat harus dibuat dengan pujian dan syukur, dan dosa harus
disikapi dengan taubat dan isitghfar. Bertanyalah lagi dan lapangkanlah ilmuku,
sekehendak kamu.”
Dari Abdullah bin Amr (dengan sanad), sebagai hadis yang
mauquf:
“4 sikap, di mana orang yang berempat sikap itu adalah Allah
membangunkan rumah di syurga: 1)Orang yang penjaga urusannya adalah La ilaha
illah; 2) ketika ditimpa musibah diucapkan: Inna lillahi wa inna ilahi rajiun;
3)bila diberi sesuatu maka diucapkan Alhamdulillah; 4) dan ketika berdosa maka
diucapkan Astargfirullah”.
Tuntasnya, sebagai hamba Allah kita perlu bersabar, perlunya
bersyukur tatkala dihimpit musibah mahupun tika diberi nikmat oleh-Nya.
Bangkitlah daripada musibah kerana dalam sabda Rasullah SAW dari hadis Anas bin
Malik, “Kesabaran yang sesungguhnya sabar ketika tertimpa musibah yang
pertama”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wow, bahagia pun ada formula... =) |
"ORANG YANG MEMILIKI SEMANGAT BAGAIKAN SINGA YANG TIDAK AKAN
MEMAKAN BANGKAI"
Ayuh sahabatku kita bangkit! Biarkan CGPA lalu sebagai
lipatan sejarah yang akan mencetuskan sejarah kecemerlangan kita dalam masa
terdekat ini. Pedulikan apa kata mereka yang pernah melemahkan jati diri kita
dan lupakan setiap kata-kata yang pernah menyebabkan iman ini menjadi futur. Hidup
pasti ada cita-cita! Cita-cita mesti sentiasa hidup! Dari Ibnu Mas’ud r.a,
beliau berkata: “Barangsiapa menghendaki akhirat ia akan menderita di dunia,
dan barangsiapa menghendaki dunia, maka ia akan menderita di akhirat. Wahai
kaum! Demi yang abadi, korbankanlah sesuatu yang fana.” Anda ingat kembali
kata Ibnu Qayyim yang saya selitkan dipendahuluan ayat atas? Re-do-lah kembali! Hah!
Jangan jadi ahli fikih yang arif tentang hal-hal ilmu sahaja jadilah ahli fikih
yang hebat juga dalam urusan-urusan amal. Maksudnya, jika hebat dalam urusan
akademik maka hebatlah juga dalam urusan amal (seperti mengendalikan mesyuarat, merancang program-program bermanfaat atau menyelesaikan masalah ummah). Bekorbanlah masa dan tenaga kalian. Apa yang dirunsingkan, kita hanya akan selamat melalui pertolongan Allah!
JANGAN KERANA MENGEJAR KEJAYAAN DUNIA, AKHIRAT DI LUPA....
Yup, menuntut ilmu itu suatu jihad.
Hah, betul-lah siapa tidak mahu 'Dean's List' kan?Perbaiki balik niat! Baguslah kalau ada niat nak dapat Anugerah Dekan tapi janganlah kerana terlalu mengejar Anugerah Dekan sampai sahabat-sahabat membelakangkan agama, langgar suruhan Allah macam tuh je. Janganlah sampai sanggup tinggalkan jemaah, tinggalkan jalan-jalan dakwah semata-mata untuk mencapai matlamat dunia ini. Mukmin yang berjaya meletakkan agama di atas puncak, kejayaan akhirat sebagai sasaran utama dan kejayaan dunia hanya dijadikan sebagai alat menuju sasaran tersebut. "Let's refreshing our mind! Our goal is Allah's List."
LET’S BE BRAVE......
Beranilah sahut cabaran ini! Cabar diri kalian:
1)Banyakkan membaca dan menulis.
2)Banyak berbincang dan bertanya.
3)Banyak melihat (mengadakan perbandingan).
4)Banyak merenung (tafakur)
5)Banyak berbuat dan mencuba.
6)Banyak beribadah dan berdoa.
Kesimpulannya, kejayaan atau kegagalan CGPA sebenarnya memang ujian dan rahmat yang datang daripada Allah SWT. Sama ada kita benar-benar bersyukur dengan rahmat tersebut atau kita ikhlas bersabar dengan setiap ujian-Nya. Ketahuilah ujian Allah bukan hanya dalam bentuk musibah sahaja, adakalanya tanpa kita sedari rupa-rupnya dalam bentuk rahmat. Jadi, jangan cepat futur iman! Jangan cepat berbangga bila peroleh sesuatu kejayaan!
Teruskan berdoa dan bertawakal kepada Allah.
“Terlambatnya masa pemberian Allah di mana engkau telah bersungguh-bersungguh dalam berdoa, janganlah menyebabkan engkau berputus asa (dalam berdoa). Maka ketahuilah bahawa Allah telah menjamin akan mengabulkan semua doa terhadap apa yang Allah telah pilihkan untukmu, tidak pada apa yang engkau pilihkan untuk dirimu (sendiri), dan pada waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang engkau kehendaki”.
Apa lagi deme..ucapkanlah,
SENYUM. ^_^
Koleksi Rujukan:
ReplyDeleteBahan bacaan Galeri Tamadun ISlam
Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM Bangi.