Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Motivasi Penulis

"Wasiat al-Marhum Syeikh Said Hawa kpd kekasih Allah.."






1. Hadirilah majlis ilmu, pilih yang mana lebih baik dan menguntungkan. Jangan berjanji melainkan mesti bersama dan menurut titah perintah Allah melalui ajaran al-Quran dan Sunnah Rasul, menurut jejak para ulama' leluhur dari kalangan Ahli Sunnah Wa Jamaah. Kerana beriltizam dengan kesetiaan tanpa ilmu mungkin menambah dosa dan membawa padah.


2. Buat segala amalan fardhu atau sunat sama ada solat, puasa, zakat, puasa, haji, tilawah Al-Quran, zikir, dan selawat kepada Rasul tanpa berlebihan. Laksanakan bacaan zikir-zikir yang penting tanpa menyebabkan terganggu pelaksanaan tanggungjawab duniawi.

3. Kekal bergaul dengan orang ramai dan berdakwah dalam keadaan sentiasa berzikir.
"استغفرالله , سبحان الله , والحمدلله, الله اكبر, لا اله الا الله, اللهم صل على محمد وآله وسلم, لا حول ولا قوة الا باالله, يا حي يا قيوم يا ذا الجلا ل والاكرام برحمتك أستغيث, سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم"
Jangan lupa sembahyang sunat I'tikaf, wirid harian dan membaca Al-Quran.

4. Berusaha membaca bahan-bahan yang berguna secara teratur setiap hari.

5. Jangan lupa membaca al-Quran, dan istighfar harian 100 kali, selawat 100 kali, mengulang-ulang kalimah tauhid:
Tak kurangلا اله الا الله وحده لاشريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير dari 100 kali, سبحان الله وبحمده 100 kali, dan surah Ikhlas 3 kali.

6. Bacalah risalah al-Ma'thurat oleh al-Syahid Hasan al-Banna.

7. Kenal dan carilah "mursyid" yang sempurna dan jangan tergesa-gesa. Nilailah status dan kedudukan beliau dan muridnya dengan neraca ilmu.Melalui penilaian, bertindaklah sama ada untuk mengikutinya atau sebaliknya. Seandainya ia tidak sesuai untuk diikuti maka layanilah beliau dengan sopan santun. Tapi seandainya anda ingin berguru dengannya secara mengambil berkatnya sahaja; sedangkan beliau tidak memenuhi syarat seorang mursyid yang sempurna maka perbanyakkanlah selawat untuk Rasulullah s.a.w.

8. Di mana dan siapa jua yang anda boleh mendapat kebaikan daripadanya dan terhindar daripada musibah maka bergaullah dengannya berdasarkan kaedah Sunnah Rasulullah:

"خذ ما تعرف ودع ما تنكر واقبل على خاصتك ودعهم وعوا مهم"

9. Bergaulah dengan para ulama serta menjaga adab ketika bersama mereka.

10. Janganlah melaksanakan sesuatu amalan sehingga benar-benar mengetahui akan hukum Allah di dalamnya.

Biografi Syeikh Said Hawa:
Syeikh Said Hawa bin Muhammad Dib Hawwa lahir di kota Hamah, Syiria, tahun 1935. Terlibat dengan pemikiran sosialis,Nasional, Ba’ats, dan Ikhwanul Muslimin. Pernah berguru dengan Syeikh dan Ulama Hamah, Syeikh Muhammad Al Hamid, Syeikh Muhammad Al Hasyimi, Syeikh Abdul Wahab Dabas, Syeikh Abdul Karim Arrifa’i, Syeikh Ahmad Al Murad dan Syeikh Muhammad Ali Murad. Said Hawwa juga belajar pada ustadz seperti Musthafa As-Shiba’i, Mushthafa Az-Zarga, Fauzi Faidhullah, dan lain-lain.

SUMBER : 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...