Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Wednesday, December 14, 2011

ALBERT EINSTEIN PUN CAKAP PASAL AGAMA

"SAINS TANPA AGAMA ADALAH KABUR, AGAMA TANPA SAINS ADALAH BUTA."

Albert Einstein sendiri mengakui kepentingan agama dan sains dalam kehidupan.
Ketahuilah, kita orang-orang yang beruntung jika dapat menguasai ilmu sains dan agama. Sebagai umat Islam kita patut berbangga kerana dalam al-Quran terkandung beberapa khazanah ilmu sains yang harus diterokai. Disebabkan pengkajian tentang isi-isi al-Quran oleh beberapa para cendekiawan barat, maka ramai di antara mereka menukarkan agama mereka kepada agama Islam. Al-Quran adalah mukjizat umat Islam pada akhir zaman. Kitab yang ditinggalkan oleh nabi Muhammad s.a.w. ini wajib diterokai dan diamalkan dalam kehidupan seharian supaya kita dapat membina semula tamadun Islam yang agung dan dapat mempertahankan akidah umat Islam kini. Pemikiran sekular yang memisahkan agama dan sains adalah satu tanggapan yang sangat silap. Kalau dipisahkan agama dan sains tidak mustahil suatu hari nanti, generasi golongan ahli-ahli sains dan professional akan datang menpunyai nilai sahsiah diri yang kabur. Lihatlah masyarakat di Barat sekarang, kadar sosial dan jenayah di negara mereka tinggi. Mereka mengamalkan sikap keterbukaan dalam semua aspek dan soal agama dipinggirkan. Pengamal-pengamal ateis kebanyakkannya adalah golongan ahli sains dan mereka tidak menpercayai unsur-unsur penciptaan. Bagi mereka, phenomena alam berlaku secara semula jadi. Mustahil perkara ini terjadi, sebab setiap perkara mesti ada penciptanya. Kita sebagai umat Islam wajib percaya Allah yang menciptakan sekalian alam semesta ini. Dalam surah al-fatihah ayat 2, awal-awal lagi sudah menyebut Allah adalah PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Iaitu,"Segala puji bagi Allah, Pencipta Sekalian Alam Semesta(Tuhan sekalian alam)."

Janganlah ragu-ragu tentang agama Allah. Bacalah al-Quran kerana al-Quran adalah mukjizat. Galilah, terokailah dan hayatilah isi yang terkandung dalam al-Quran. Semakin anda memahami isi-isi al-Quran semakin anda jelas dan dekat dengan Allah s.w.t. Berbalik tentang ilmu sains, anda akan dapat lihat segala-gala tentang kekuasaan Allah dengan mengaplikasikannya melalui penghayatan ilmu sains. Dalam al-Quran ada menceritakan tentang kejadian manusia yang berasal dari setitis air mani. Selain itu, bulan dan matahari beredar mengikut peredaran orbit. Subhanallah, anda akan percaya hal ini benar jika anda menpelajari ilmu sains. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-segalanya tentang penciptaanNya. Namun, Allah turunkan mukjizat ini supaya kita dapat melihat kekuasaanNya dan mengakui keesaanNya. Islam adalah benar!

~Dengan nama tuhanmu..bacalah al-Quran. Cintailah al-Quran selagi roh dalam jasad.~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...