Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Saturday, July 13, 2013

Surau An-Nur KIY...Travelog Ukhuwwah Dan Tarbiyyah Kami

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ  
سورة التوبة: الآية: 18.
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. 
(At-Taubah : 18)

 Solat fardhu berjemaah..


Assalamualaikum warahmatullah...

Salah satu ayat di atas ada menceritakan tentang kepentingan solat berjemaah. Namun apa yang saya ingin coretkan bukanlah tentang kepentingan solat berjemaah sahaja tapi bagaimana hikmah solat berjemaah tersebut telah berjaya mengikatkan suatu ukhuwwah Islamiah iaitu ikatan persahabatan yang berlandaskan 'lillahi taala'.

Buat sahabat-sahabat, Surau An-Nur KIY UKM merupakan salah satu tempat di mana saya telah peroleh suatu 'tarbiyyah' dan 'hidayah' semua atas kehendak-Nya. Dengan rasa rendah hati dan syukur, penulis ingin sekali berkongsi dengan sahabat-sahabat kisah tarbiyyah dan ukhuwwah dengan Surau An-Nur KIY UKM. Imbas kembali saat pertama kali melangkah ke UKM. Hati ini sayu...sering resah gelisah lumrah menghadapi permasalahan duniawi. Hati berkocak jiwa sering berkacau... ingin sekali daku menjerit.. "Ya Allah, tunjukkanlah daku ke jalan yang lurus!" Tiada tempat lain... di saat panggilan azan datang menyahut seruan panggilan ilahi, kaki ini tanpa meminta izin daripada tuan badannya ringan sekali mengayunkan langkah ke tempat seruan azan tersebut. Di situlah.. Surau An-nur KIY UKM!

Tik!Tik!Tik! Bunyi air menitik dari paip. Subhanallah.. dengan wuduk percayalah kalian akan dapat suatu ketenangan yang luar biasa. Sebelum menunggu laungan iqamat dari bilal, saya duduk sejenak dengan tujuan ingin memusabahkan semula diri. Ku imbas detik-detik zaman remajaku.. Allahu akhbar zaman penuh kenakalan.. alhamdulillah segalanya bermula dengan solat berjemaah, mungkin ini tarbiyyah Allah bagi buatku. Kata-kata yang tidak pernah kulupakan daripada seorang senior KMPH, "Sahabat yang baik...kita hanya akan jumpa ditempat yang baik-baik."
"Allahu akhbar..Allahu akhbar..", laungan iqamat daripada bilal. Ayuh, dirikan solat! Ku bangun untuk menyahut panggilan ilahi. Di kiri dan kanan ku muncul sekujur tubuh yang sedang berusaha merapatkan diri mereka kepada ku dengan tujuan untuk merapatkan saf. Usai solat berjemaah, kami bersalaman, saling mencium pipi kiri dan kanan sunatullah sebanyak tiga kali. Lalu, kami mulakan salam taaruf pertama kami. Wah, sahabat-sahabat saya yang baru ini daripada berlainan fakulti. Alhamdulillah, banyak ilmu dan perkongsian yang saya boleh ambil dari mereka.

Saya mula berjinak-jinak dengan memakai tudung labuh dan bergaul dengan sahabat-sahabat yang baik-baik seperti mereka. Di surau kami acap kali sering mengadakan majlis ilmu. Tiap hari Isnin kerap diadakan bedah kitab "Munyat Ul-Musalli" tentang cara-cara bersolat oleh Ustaz Hussain Yusri. Kadang-kadang pada hari Rabu akan ada ceramah daripada ustaz-ustaz tertentu. Alhamdulillah..setiap kali ada majlis ilmu di surau sahabat-sahabat keimananku tadi pasti ada sekali.

WANITA SESUAI SOLAT DI MASJID/SURAU ATAU DI BILIK???

Waktu solat hajat berjemaah

Saban hari jumlah jemaah muslimat makin sedikit. Yang kerap menemaniku cuma 3-5 orang akak-akak senior.  Makin hari makin risau... ingin mencari pelapis-pelapis yang akan menggantikan akak-akak senior kelak bakal meninggalkan surau kami. Ya Allah moga Allah kuatkan hati ini untuk turut beristiqamah mengimarahkan surau ini. Mungkin persoalan ini pernah timbul dalam benak hati mana-mana muslimat termasuk diriku. Di tempat mana sesuai untuk muslimat bersolat, surau/masjid atau di dalam bilik? Fikirkan semula kalau di bilik, adakah muslimat ini akan solat berjemaah dengan teman sebilik? Hmmm... rugi kalau persia-siakan 27 ganjaran pahala solat berjemaah. 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ. رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu menghalang para wanita untuk datang ke masjid-masjid Allah SWT". (Riwayat Bukhari dan Muslim.)


Rasa tiada halangan untuk kita keluar berjemaah wahai muslimat, andai pakaian kita menutup aurat secara rapi dan tidak keterlaluan dalam memakai wangian sehingga boleh mendatangkan fitnah kepada pihak muslimin. Tambahan pula, keselamatan sekarang terjamin berbanding dengan zaman-zaman dahulu. Bila lagi waktu sesuai untuk kita keluar berjemaah sebelum tanggungjawab berumahtangga tergalas di bahu kita. Bayangkan jika kita keluar untuk ke surau/masjid dalam keadaan berwuduk setiap langkah kita akan dicatat oleh malaikat. Ditambah pula dengan pahala sebab mengeratkan silaturahim. Saat untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat keimanan merupakan saat yang saya sering nantikan. Kerinduan kami akan terubat setiap kali dapat solat berjemaah bersama-sama. Setiap kali kita bersalam dan memohon maaf  dengan sahabat maka gugurlah dosa-dosa lama antara kita dan sahabat-sahabat.


SURAU TEMPAT: 'MAKAN-MAKAN'  IKAT HATI KAMI

Orang kata kalau kita ingin ikat hati seseorang, kita ikat perut mereka dahulu. Trend kami keluarga Surau An-Nur KIY selepas solat berjemaah ada sedikit jamu makan-makan. Kalau muslimat bawa makanan lebih, muslimat biasa akan sedekahkan makanan kepada muslimin dan begitu sebaliknya. Kalau rajin, lepas Asar kami akan gotong-royong masak sama-sama. Waktu ini adik-beradik keimanan kami semua akan turun masak-masak sekali. Kalau nak jumpa pihak muslimin waktu ni je. Kalau tak semua sembunyi di sebalik tirai. Hehehe..maaf gurau je. Setiap kali kalau teringat adik-beradik keimanan, yang bermain dalam minda saya adalah 'makan-makan' bukan sebab saya ini kuat makan tapi dengan 'makan-makan' secara berjemaah percayalah hati kita dah bertaut lillahi taala. Kali terakhir dapat rasa suapan terakhir daripada senior muslimat yang berperisakan air mata ialah ketika malam majlis perpisahan kami. Enak sangat...ada rasa ukhuwah tau. Trend masak-memasak ini akan diwarisi oleh setiap lapisan keluarga An-Nur.


 Hebat tak kami memasak??? hehehe..


 BUDAK SURAU..BUDAK SURAU..

Aduhai, dari mana datang panggilan budak surau?  Lazimnya, orang akan mendiskriminasikan kami dengan panggilan budak surau. Tudung labuh sedikit, berkopiah sedikit..terus panggil kami budak surau. Macam mana tuh?Setiap kali program di surau, asyik-asyik muka sama. Orang kata kalau AJK Surau atur program, muka sama sahaja yang hadir itu kira program syok sendiri. Tidak, sebenarnya kami sentiasa rindukan ahli baru untuk muncul dalam keluarga kami. Hari-hari kami nantikan kelibat baru bagi memperbanyakkan saf solat berjemaah kami. Kami sentiasa menantikan kehadiran saudara mara kami yang lain agar mengimarahkan rumah ibadat Allah ini. Istilah 'budak surau' patut digugurkan dalam minda masyarakat, setiap orang adalah 'budak surau' kerana setiap daripada kita telah diamanahkan oleh Allah untuk mengimarahkan rumah-rumah ibadat Allah seperti dalam Surah At-Taubah ayat 18. Biar apapun yang terjadi, jadi tanggungjawab kita untuk pastikan Surau An-Nur KIY sentiasa hidup dengan majlis ilmu dan majlis zikir. InshaAllah...


UKHUWAH FILLAH.. DEMI MAUMALAT KERANA ALLAH

Alhamdulillah..segala puji kepada Allah yang telah mempertemukan kita dan mengikat hati kita untuk sama-sama menjalankan kerja dakwah ini. Tahniah, kepada pihak muslimin dan tahniah juga kepada pihak muslimat kerana memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program-program kita berlansung. Ikhtilat (pergaulan muslimin dan muslimat) yang terjaga dan sama-sama memperbaiki taqwa merupakan prinsip kita sebagai para daie yang bersedia untuk belajar daripada kesilapan lalu. Ukhuwah lillahi taala menjadi tunjang demi keberkesanan muamalat kita kerana Allah. Bak kata Sdn. Bhd., "Tiada muslimin tiadalah pengangkat  tong gas, tiada muslimat tiadalah berasap dapur kita". Sama-samalah kita saling melengkapi, menpercayai dan menghormati kerana Allah taala. Andai diantara kita semakin jauh dan jatuh, tariklah kembali agar sama-sama semakin dekat dan tegak kepada Dia.

Teruskan usaha kalian mengimarahkan Surau An-Nur...
Teruskan semangat kalian dalam jalan dakwah...
Teruskan mengekalkan silaturahim di antara kita.. 
Moga kita dipertemukan semula di Syurga..
Selamat maju  dan jaya kepada sahabat-sahabat sekalian... moga dirahmati Allah. Amin.

Salam dan maaf  sangat dipinta.



                         Buat muslimat-muslimat sayang..


 Buat muslimin-muslimin yang bijaksana.. 
(maaf tidak menyimpan gambar kalian)


Kekalkan ukhuwah lillahi taala... teruskan semangat kalian



Jom sama-sama kita tambahkan bilangan saf kita



 Kenangan yang terpahat, sentiasa diingati..




-SEKIAN-





















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...