Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Friday, August 24, 2012

TARBIYYAH DARI ALLAH BUATKU & DIRIMU

                        23/8/2012

 Gambar sekadar hiasan.

Semalam, setiba di stesen bas Raub. Seorang lelaki berbangsa Cina sedang sibuk mempersiapkan kelengkapan kaki palsu dan kemudian menyarungkan kaki palsu tersebut ke anggota badan anaknya yg cacat paras pinggang. Saya kagum dengan kecekalan lelaki tersebut dan juga tersentuh hati bila melihat kegembiraan kanak-kanak itu kerana telah sampai di destinasi mereka. Tidak
semena-mena air mata ku menitis.
"Ya Allah..hamba-Mu ni bila diuji sedikit je cepat shj putus asa. Macam mana lah hamba-Mu ni nak dapat rahmat daripada-Mu." Shbt2ku sekalian..realiti hidup kita nie cepat sangat berputus asa bila ditimpa ujian sikit. Contohnya..Allah uji kita dengan sakit, masalah keluarga, masalah kewangan, gagal periksa, masalah cinta dan kawan2..dengan mudah cepat sangat kita berputus asa dan kita menyalahkan takdir. Kenapa ye? Tandanya Allah sayang akan kita..Allah nak uji kekuatan n kelemahan kita. Kemudian, Allah nak gantikan dengan rahmat-Nya sebagai balasan sbb kita berjaya mengharungi cabaran-Nya. Tapi tu lah kita..cepat sgt berputus asa. Kita lupakan Dia..kemudian kita salahkan Dia, maka layakkah kita dapat rahmat daripada-Nya? Ya Allah..bagilah kami kekuatan untuk berhadapan dengan ujian2 yg seterusnya. Amin..

Allah SWT telah berfirman:
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."(QS. Ankabut:2)

“Janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, karena tidak ada yang berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir. ” (QS. Yusuf: 87)

Bila kita diuji, perbanyakkanlah mengingati Allah (zikrullah) kerana dengan mengingati Allah hati jadi tenteram.
"Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Redhalah bahawa setiap sesuatu itu adalah kehendak Allah dan pasti ada hikmahnya.
Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...