Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Thursday, February 14, 2013

Kenapa Dengan Hari Valentine?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang....


                                                       ASSALAMUALAIKUM...

Firman Allah Taala, maksudnya: "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an .. (103, Ali-Imran).
".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..." (7, Al-Hasyr).
Anda Muslim ker?Hehehe..jom baca.


14 Februari. Semua pasti ingat dalam kepala...tarikh nie dah tentulah Hari Valentine, kan? Hari inilah pasangan kekasih tunggu punyalah tunggu untuk sambut sempena memperingati hari kekasih mereka. Cinta buah hati mengalahkan cinta Rasul,bukan begitu? Eh..silap tak semua di sini begitu. Penulis doakan..
"Ya Allah, lindungilah sahabat-sahabat Muslim kami daripada fitnah dunia. Selamatkan mereka daripada kesesatan..selamatkan akidah mereka..kurniakan mereka hidayah dan sentiasa berada dalam rahmat-Mu."Amin..

Baiklah..apa yang penulis ingin sampaikan adalah perkara-perkara tersirat disebalik 'Valentine's Day'. Kenapa dengan Hari Valentine?Sebelum itu, penulis ingin berkongsikan hukum menyambut Hari Valentine. Penulis ambil sumber ini dari majlis fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                      ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”                                                                                              (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

Definisi Hari Valentine

Hari Santo Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang dua martir Kristian purba yang bernama Santo Valentine. Ia ditubuhkan oleh Paus Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan. Sambutan ini mula-mula dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan sastera Geoffrey Chaucer pada Kemuncak Zaman Pertengahan apabila mekarnya asmara istana.
Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepada kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.
Rujuk sumber:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine#Fakta_bersejarah

Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya. Panjang sangat jadi penulis kepilkan link. Boleh baca 4 pendapat tersebut di sini. 

Gambar : Santo Valentine dari Terni bersama para pengikutnya.
 
Sejarah Berkaitan Hari Valentine

PERTAMA
Ia disambut sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 Februari 1492. St. Valentino merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam ketika itu. Disebabkan sumbangan tersebut, St. Valentino dianggap sebagai kekasih rakyat.

KEDUA
Sambutan ini berkait dengan kematian paderi St. Valentino ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentino ini.
  • VERSI PERTAMA
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa.
St. Valentino sebagai seorang yang kuat berpegang dengan ajaran Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Claudius II.
St. Valentino diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentino ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.
Malah St. Valentino disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka iaitu St. Valentino.

  • VERSI KEDUA
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin.
Justeru itu, Claudius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St. Valentino menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terharap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.
Aktiviti St. Valentino ini akhirnya dapat diketahui oleh Claudius II lalu beliau mengarahkan St. Valentino ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

KETIGA
Valentine’s Day berkaitan dengan pesta sambutan kaum Rom Kuno sebelum kedatangan agama Kristian dinamakan Lupercalia.
Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.
Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom Kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari berikutnya mereka akan melakukan upacara penyembahan dan membuat perarakan secara besar-besaran terhadap dewi cinta mereka.

KEEMPAT
Ada pandangan sejarah juga menyatakan sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung pada musim mengawan yang jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Burung cinta Chaucer

Catatan terulung yang mengaitkan Hari Valentine dengan cinta asmara ialah Parlement of Foules (1382) karya Geoffrey Chaucer[19] Chaucer menulis:
For this was on seynt Volantynys day
Whan euery bryd comyth there to chese his make.
["Sesungguhnya hari ini Hari Santo Valentine, apabila setiap ekor burung tiba di sana untuk memilih pasangannya."]

Geoffrey Chaucer oleh Thomas Occleve (1412)

Rujuk sumber :http://arabmykrk.com/islam-/nak-cakap-sket/sejarah-dan-hukum-menyambut-valentines-day.html#.UR1pG_LJDFw

Jadi, sahabat-sahabat jelas bahawa Hari Valentine tidak diajarkan dan dianjurkan dalam Islam. Sambutan Hari Valentine adalah ajaran daripada agama Yahudi dan Nasrani. Kemudian, disebarkan kononnya hari memperingati kekasih semata-mata untuk merosakkan pemikiran dan akhlak umat Islam.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”
(Hadith riwayat Muslim.)



Kenapa saya tidak boleh sambut Hari Valentine?

Pertama:
Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin (Ulama’ Arab Saudi) telah memberi pandangan bahawa tidak boleh merayakan Hari Kekasih kerana:
  • Ia merupakan hari raya bid’ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syariat Islam.
  • Ia menyebabkan hati menjadi sifat duniawi dan mengejar keseronokan semata-mata.
  • Tidak halal melakukan ritual hari raya, baik dalam bentuk makan-makan, minum-minum, berpakaian, saling tukar hadiah atau pun lainnya.

Penetapan hukum juga telah dijelaskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006.  Mesyuarat ini telah memutuskan bahawa:
“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.”

Sumber : www.perkim.net.my

Kedua:
Agenda maksiat. Sahabat-sahabatku sudah terang lagi bersuluh, sambutan Hari Kekasih tidak lain hanyalah suatu agenda untuk melakukan maksiat. Andai kalian berumahtangga,perlu ker tetapkan suatu hari khusus ada hari kekasih?Sepatutnya,hari-hari adalah hari berkasih sayang untuk pasangan halal suami isteri. Yang terutama Kekasih Agung (Allah SWT) dan seterusnya Kekasih Allah (Muhammad SAW), apakah kita cukup sudah mencintai Kekasih Agung dan Kekasih Allah?

Kadar Kes Buang Bayi Semakin Meningkat : Kadar kes pembuangan bayi semakin meningkat sejak tahun 2009. Mengikut fakta, kadar kes buang bayi meningkat dari tahun 2009 [79 kes], 2010 [91 kes] dan 2011 [98] kes. Satu data yang amat membimbangkan masyarakat Malaysia.

-via Kadar Kes Buang Bayi Semakin Meningkat
Kadar Kes Buang Bayi Semakin Meningkat : Kadar kes pembuangan bayi semakin meningkat sejak tahun 2009. Mengikut fakta, kadar kes buang bayi meningkat dari tahun 2009 [79 kes], 2010 [91 kes] dan 2011 [98] kes. Satu data yang amat membimbangkan masyarakat Malaysia.

-via Kadar Kes Buang Bayi Semakin Meningkat
Gambar adalah sekadar ilustrasi sahaja.
 Hari Valentine- Punca utama kes seks bebas dan kelahiran anak luar nikah.
Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.
Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina. Dimaklumkan, statistik semakin meningkat saban hari.

Ancaman Hari Valentine..Mencegahnya sebelum terlambat.
Alhamdulillah..kerajaan Malaysia terutamanya JAKIM, jabatan-jabatan agama lain ada mengeluarkan fatwa pengharaman menyambut Hari Valentine bagi umat Islam. Yang bukan umat Islam, mereka bebas untuk sambut hari tersebut. Banyak risalah telah disebarkan..dan ceramah tentang ancaman Hari Valentine terhadap isu akidah telah diperdengarkan. Cuma..susah nak kuasai media massa. Masih lagi mempertontonkan filem-filem dan drama romantika bersempena hari tersebut. Maka sekarang individu dan ibu bapalah yang wajar memainkan peranan mengawal saluran media di rumah.

Hati orang muda: Kanak-kanak Sekolah Rendah Agama Al-Fatah di Surakarta,Indonesia sedang mewarnakan kad bagi kempen menolak sambutan Hari Valentine. Didikan pada usia muda lebih berkesan.

Maka, katakan tidak kepada Hari Valentine!!!Tapi....
Kadar Kes Buang Bayi Semakin Meningkat : Kadar kes pembuangan bayi semakin meningkat sejak tahun 2009. Mengikut fakta, kadar kes buang bayi meningkat dari tahun 2009 [79 kes], 2010 [91 kes] dan 2011 [98] kes. Satu data yang amat membimbangkan masyarakat Malaysia.

-via Kadar Kes Buang Bayi Semakin Meningkat
Ada suara sumbang yang kata,"Alah..buat apa nak kecoh-kecoh hari Valentine. Hari-hari dorang boleh je wat maksiat!". Betul! Penulis sahaja nak sampaikan mesej tersirat, "Kenapa dengan Hari Valentine?" Berkenaan isu Hari Valentine, penulis menolak sekeras-kerasnya sambutan hari tersebut. Kerana ini adalah berkaitan isu akidah. Ini bukan ajaran Islam..tapi ajaran yang sengaja diada-adakan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Penulis tertarik dengan kata-kata nasihat ini:
  • Hendaklah setiap Muslim berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah dalam semua keadaan.
  • Hendaklah setiap Muslim benar-benar berwaspada agar tidak terjerumus dalam kesesatan.
  • Hendaklah setiap Muslim kembali kepada Allah dengan memohon petunjuk-Nya dan keteguhan di dalam petunjuk-Nya.
  • Valentine’s Day adalah suatu kelalaian dan merupakan ritual agama lain.
  • Menyampaikan seruan kebenaran adalah kewajipan bagi setiap Muslim.
 Kesimpulannya, tak payahlah sambut Valentine's Day. Tak payahlah 'couple-couple' sangat. Kalau penulis, bagi 2 pilihan bagi yang ber'couple' tu..pilihan satu kahwin..pilihan kedua jalan mujahadah. Masing-masing fikir dan pilihlah ikut keupayaan masing-masing. Tanya hati..tanya iman. Penulis tinggalkan hadis ini; 

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).
(Imam Malik).
Sekian, wallahualam. Penulis hanyalah seorang daie..insan biasa je.

Sumber lain:
http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...