Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Monday, February 4, 2013

MENCARI SOLEH, JADI SOLEHAH DULU...


Assalamualaikum...

Perbualan santai Nur dengan mama walaupun santai tapi ada 'makna'.

Nur : Mama..rasa Nur ni layak tak dapat lelaki soleh? Nur bukanlah wanita terlalu baik. Orang kata kalau tak solehah jangan harap dapat yang soleh.

Mama : Perbanyakkan berdoa Nur. Jodoh Allah yang tentukan.Nanti cari lelaki beragama yang dapat membimbing. Fitrah Allah jadikan lelaki sebagai pemimpin. Nur, wanita walaupun beragama belum tentu dapat bimbing lelaki sebab lelaki ego tinggi. Lelaki agak susah nak terima nasihat dari wanita.

Nur : Mama pasti lelaki soleh boleh bimbing wanita jadi lebih baik selepas nikah?

Mama : InshaAllah, boleh anakku. Dengan syarat lelaki tu mesti memainkan peranan sebagai imam sebetulnya pada awal usia pernikahan. Jangan bila isteri dah naik 'lemak' baru nak bimbing. Nanti susahlah kerjanya. Jadilah solehah wahai anakkku supaya senang lelaki bimbing kamu.

Nur : Nur, sayang mama. Nur takut kalau nikah nanti Nur kena patuh perintah suami..Nur nak jaga mama. Betul tak, wanita kalau nikah syurga terletak pada keredhaan suami?

Mama : Betul, anakku. Carilah lelaki beragama kerana lelaki beragama tak akan buat sesuatu yang menyalahi agama. Menantu yang soleh pasti jaga kebajikan mentuanya.

Nur : Alhamdulillah...mama tolong doakan. Moga dapat menantu soleh.
(senyum tak sudah )

Benar, kita wanita wajib cari lelaki yang mengamalkan agama sebab dia bakal imam kita. Ingat,wanita kalau nikah syurga bukan lagi terletak pada ibu tapi pada suami. Cinta bukanlah jaminan kebahagiaan rumahtangga. Cinta pada ilahi yang akan bawa kita bahgia dunia & akhirat.

Wahai muslimah..usahlah terlalu memikiri siapa jodohku..tulang rusukku..dan siapa bakal imamku. Kerana jodoh itu sudah lama diaturkan oleh Pencipta. Mari perbetulkan niat..jaga hati kita. Yang patut kita fikiri adalah siapa aku dihadapan Tuhanku. Ialah..adakah aku ini hamba yang beriman?Atau aku ini hanya hamba yang fasik?Nauzubillah min zalik..siapa-siapa pun kita, latar belakang kita, tujuan kita hidup menjadi hamba yang bertaqwa.
...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu,...” (Al-Hujurat 49:13)

Tiada bezanya lelaki dan wanita pada pandangan Allah SWT. Yang Allah pandang adalah takwa dan amalan-amalan mereka sewaktu di dunia.
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah:71)

Jangan berangan nak impikan pasangan yang soleh, kalau diri sendiri tidak berusaha untuk menjadi muslimah yang solehah. Jangan berangan nak mendapatkan suami yang selalu ke masjid kalau diri sendiri tidak pun tidak selalu melangkah ke masjid. Ikhlaskan diri kerana Allah, Allah dah aturkan pasangan jodoh sesuai mengikut akhlak masing-masing. Baik akhlak kamu..maka baiklah akhlak jodoh kamu. Lalu..usah beranganlah akan siapa imammu. Yang perlu diraih dan difikiri sekarang adalah cinta Allah.
"Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik." (Surah An-Nur: 26)

Berusahalah menjadi muslimah solehah..berdoalah. InshaAllah..kamu temui petunjuk-Nya.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...