Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Monday, March 19, 2012

KISAH HAWA..

♥ KISAH HAWA ♥



~Ingat lagi zaman remaja sekolah dulu...couple itu pulak seolah-olah dijadikan trend. Abang angkat..adik angkat..diangkat mcm tu je. Bertepuk tampar, pegang mcm biasa je. Waktu muda tengah panas..alahai layanlah jiwa muda kawan-kawan nie. Sampai tak ingat benda tu jelas haram. Surat cinta daripada 'secret admirer' dapat berlambak-lambak..sampai satu tahap, ada jejaka hantar bunga. Mak oii..mengucap panjang. Kita-kita yg tak melayan dorang cakap kita ketinggalan zaman. Biarlah..yg penting ada prinsip sendiri. Tak rugi pun.. (^_^)

Kita nie orang perempuan..ibarat jam tgn. Katakan kita nie jam tgn berjenama mahal lagi..yg beza satu letak atas meja satu simpan dalam almari kaca. Yang atas meja tu hari2 orang duk tengok, mula dorang puji jam tu pastu dorang pegang-pegang, akhirnya bila dah lonyai dah pecah dorang tinggal macam tu..tak nak simpan kita.

Jam tgn yg dalam almari kaca tu dorang nampak, dorang puji sebenarnya tapi dorang biarkan ia tersimpan dulu, malas nk diusik. Bila dah sampai waktu..si jejaka pun datang buka almari kaca. Ia pun ambil jam tangan tersebut secara terhormat...kemudian si jejaka pun pakai jam tersebut. Jam tangan kelihatan kemas pada tgn si jejaka..ia dijaga dengan baik melengkapkan kehidupan jejaka tersebut. Tak boleh hidup tanpa jam tu..kalau tanggal nnt hidup jadi sengsara serba tak kena..tak kena waktu. Untunglah jam tu..

Sekarang kita bukan jam tangan..kita adalah diri kita. Nilai kita sangat berharga dan mahal asalnya tapi ia diukur bukan dengan nilai mata wang tapi nilai harga diri. Bagaimana kita letakkan harga diri kita..sejauh mana kita pandai jaga maruah diri. Mungkin di luar sana..jejaka berebut-rebut untuk meluahkan perasaan cinta pada kita. Tapi ikhlaskah mereka?Ingatlah duhai wanita...harga diri sekali je tak boleh dicari ganti. Jadikan iman sebagai perisai..menolak tawaran cinta lelaki bukan bererti kita ni ketinggalan atau tidak laku tapi sebenarnya kita menantikan cinta yang diredhai Allah. Cinta yang harmoni yang menepati fitrah kita sebagai ADAM n HAWA berlandaskan syarak.

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah."
(Surah al-Rum, ayat 21)

TAPI ingatlah tujuan kita hidup..semuanya kerana Allah swt. Ketakwaan yang akan kita bawa waktu pulang menghadapNya.

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa."

-MENCARI SOLEH, PERLUNYA SOLEHAH DULU-



I.K.A

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...