Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Friday, February 1, 2013

"Alhamdulillah..Ku Terima Risikan-Nya"




ASSALAMUALAIKUM....
"Suka tengok orang pakai tudung labuh..rasa tenang." 
Hehehe..pastu Yuzai jawab,"Erm..betul." 
Sibah nie pendiam sikit.Dia perhati je kitaorang.
"Ika memang nak pakai tudung labuh, tapi hati ni tak tergerak lagi sekarang. InshaAllah..nanti nak pakai macam korang jugaklah".
Yuzai jawab,"Alah..Ika pun pakai jugaklah macam kami."
"InshaAllah..mungkin kat 'U' nanti."
"Ika..nanti susah. Kalau nak berubah cepat-cepat."
"Ye..Ika memang dah niat nak pakai tudung labuh kat 'U' nanti".

Ingat lagi perbualan kami masa belajar di Kolej Matrikulasi Pahang(KMPH) pada semester terakhir dulu. Lepas itu, semua bawa haluan masing-masing. Menghabiskan cuti di rumah sementara menunggu panggilan bagi menyambung pelajaran ke universiti. Ketika ini, tiada sahabat-sahabat disamping kita untuk mengingatkan tentang tauhid dan akidah. Yang ada hanyalah serba sedikit tarbiyah yang ditinggalkan mereka dan beberapa ilmu yang dikutip sewaktu menghadiri majlis-majlis ilmu dulu. Tika ini, hanya kekuatan yang datang pada diri sendiri. Jatuh bangun sendiri...tiada lagi sahabat yang akan tarik jika rebah dipersimpangan jalan. Arggg..Ika rindunya dengan nikmat solat berjemaah bersama-sama para sahabat. Ika rindukan usrah, bulatan gembira kami. Tipulah..mesti ada juga terbuat perkara lagha. Ni yang Ika takut..bila Ika dah berada di dunia bebas..Ika bebas buat apa yang Ika suka. Ika bebas untuk tonton cerita apa yang Ika suka..tiada lagi sekatan. Dah tak de sahabat-sahabat untuk tegur. Hanyut kejap..



Nasib baik dulu sempat berkhidmat sekejap sebagai fasi di Kolej Matrikulasi Pahang. Banyak pengalaman yang Ika timba. Hahaha..bila fikir balik sengaja Allah rencanakan untuk Ika jadi fasi. Sebab..2 kali Ika kena tinggal bas sebelum nak bertolak ke KMPH. Tapi akhirnya dapat jugak pergi..ingat tak dapat dah. Pastu, sehari sebelum bertolak tu Ika sakit tenat. Gastrik Ika menyerang..sakit ulu hati. Disebabkan tak tahan sakit sangat, suhu badan naik..demam panaslah jadinya. Ingat dah 'give-up' tak dapat pergi KMPH..tapi perancangan Allah kita tak tahu kan. Punyelah semangat nak berbakti untuk adik-adik junior sampai tak kisah diri ni sakit. Erm..tak dapat dilupakan kenangan pertama kali memberikan tazkirah (bidan terjun) di hadapan adik-adik perempuan yang ber'cuti'. Hehehe...Ika bagi tazkirah,biar betul??? Waktu tu kebetulan tak de lansung fasi perempuan yang turun untuk handle tazkirah. Sedar diri nie tak cukup ilmu nak bagi tazkirah..tapi tak kan nak biar adik-adik nie terus menanti. Maka ku capai mikrofon..lalu ku cakap je lar apa ku nak cakap. Hehehe...padahal dalam hati berdoa,"Ya Allah cepatlah datang dorang(fasi perempuan) nie. Aku tak layak nak cerita bab agama ni."Waktu tu apa yang terlintas kat kepala adalah "SOLAT BERJEMAAH".Itu lah pengisian yang  cuba sampaikan untuk adik-adik waktu tu. Ajak adik-adik mengimarahkan rumah Allah sebagaimana aku pernah menpraktikkannya sewaktu aku belajar seperti mereka dahulu. Ingat adik-adik,"Sahabat-sahabat yang baik, kita hanya akan dapat ditempat yang baik-baik."Alhamdulillah, beberapa minit lepas tu datang fasi lain untuk sambung bagikan tazkirah. Pengalaman 1st time jadi ustazah brutal Huhu..Sewaktu menguruskan program seterusnya..tiba-tiba dimaklumkan ada seorang junior perempuan ni jatuh sakit pulak. Kebetulan waktu tu sandang jawatan timb. kebajikan pelajar. Maka ku berkejar untuk dapatkan pelajar tu. Ya Allah...kesiannya tengok kondisi dia. Pucat giler!!! Bawalah dia masuk rumah sakit..tengok adik nie macam penyakit gastrik je. Pengalaman selalu kena sakit nih. Kesian pulak tengok adik nie..sekejap mcm nak muntah2 pastu pegang perut. Ya Allah..dapat rasa kesakitan adik tuh SAKIT WEH KALAU KENA...tiba-tiba rasa syukur. Dulu pernah rasa nyaris nak mati kena gastrik sebelum bertolak ke sini, tapi Allah panjangkan umur..Allah sembuhkan sakit nie dan izinkanku jadi fasi. Erm..sekarang Allah bentangkan di hadapan mata, orang lain pula yang merasa. "Ya Allah...Kau sembuhkanlah penyakit dia sebagaimana Kau pernah sembuhkan penyakitku dahulu."Syukur..selepas dapat rawatan, adik tu sembuh dan boleh meneruskan kehidupannya di KMPH. Alhamdulillah..


Habis berkhidmat sebagai fasi KMPH,kerja pula sebagai kerani kedai Singer. Huh, majikan berbangsa India dan suasana kerja yang agak sosial terpaksa layan pelbagai ragam pelanggan (alahai pelanggan lelaki nie yang tak suka). Kena dressing cantik n kemas lar. Hah, matilah aku! Sabar Ika..kamu kuat! Selagi berpegang pada al-Quran dan as-sunnah kamu takkan lari jauh. Inilah namanya tarbiyah..tarbiyah dari Allah untuk uji sejauh mana kuatnya kamu berpegang pada-Nya wahai cik Ika. Dari aspek pemakaian pekerjaan nie agak mementingkan penampilan sbb kena tawan hati pelanggan,masih lagi berselendang shawl dan sedikit make-up tipis. Mungkin dari aspek pemakaian tika itu belum benar-benar Islamik. Bekerja dengan majikan non-muslim bukan halangan untuk solat,bukan? Time rehat cukup-cukup untuk solat je. Bile je dengar azan..sharp 1.30 petang, "Bos..saya keluar solat jap." Hah..tegas dengan bos sikit. Kalau dah takdir kena buang kerja nak buat macam mana..yang penting biarlah kita dapat dari sumber rezeki yang halal dan lebih barakah. Aduhai,ujian tempat kerja. Dapat rakan sekerja yang sibuk dengan adegan mencari 'pak we'. Dengan pelanggan lelaki yang tak habis-habis dengan perangai pelik-pelik. Astargfirullah..benci dengan dunia nih! Tak tahan hidup dalam dunia jahil nie..sangat berbeza, semakin menekan..lemas! Alhamdulillah, nasib baik ada peluang untuk tunaikan solat Zohor. Dapat sekejap lari dari dunia nih..syukur dengan mengambil wuduk dan sedikit bacaan Al-Quran dapat menenangkan jiwa. Solat dan berdoa kepada Dia agar diberikan ku kekuatan. Moga Allah pelihara daku daripada dunia yang penuh kemaksiatan nih.

(Surah Al-Baqarah:186)



Beberapa hari lepas itu, surat panggilan UPU sampai kat rumah. "Tahniah,anda ditawarkan belajar di UKM". Alhamdulillah,syukur ditawarkan dalam bidang yang Ika minat iaitu Bioteknologi Tumbuhan. Ini yang terbaik walaupun impian nak sangat sambung belajar di UPM. Pernah tolak dapat tawaran belajar di USM dahulu. Pasti ada hikmah, kan sudah beristikarah. Ya Allah..moga ini yang terbaik untuk agama dan masa hadapanku. Wah,gembiranya!Hari-hari sibuk cari maklumat pasal UKM. Jap,apa matlamat aku nak belajar kat sana?Ermmm..aku nak cari diri aku. Tolong, dalam ni (hati) kosong sangat!Tapi,bagaimana???Tak kira aku kena cari jalan..aku nak kenal diri aku!!!Arggghh..dengan apa? Yes!Carilah mana-mana persatuan Islamik. ISIUKM???Apa nie?

Timbulnya satu kemisterian..



Tiba hari pendaftaran di UKM. Ramailah yang sibuk menguruskan pendaftaran penginapan kolej. Nasib baik, ada group SUMBER MAKLUMAT PELAJAR BARU SESSI 2011/2012 yang dibuat oleh MPP UKM ketika itu. Terima kasih sangat membantu. Tapi sekarang group itu dah di'hacked'. Banyak maklumat telah dihebahkan sebelum kemasukan ke UKM. Tapi ada suatu yang musyikil..apa itu GMUKM, apa itu ASPIRASI?Kenapa dalam perbincangan group FB, GMUKM dan ASPIRASI macam tak sehaluan lansung?Awal-awal kaji sebelum masuk UKM dulu. Senior-lah jadi mangsa kena tanya. Oh, inilah kehidupan dan cabaran mahasiswa ye?Ok berbalik kepada hari pendaftaran UKM, Minggu Pengenalan Pelajar Baru. Entah macam mana, tiba-tiba dapat undian untuk jadi penghuluwati. Beratnya amanah nih! Come-on..buat kerana Allah-lar. Sepanjang minggu MPP ketuai Mahasiswi kolej,kejut dorang bangun pagi. Jujurlah,pergaulan kami (pelajar lelaki & perempuan) waktu minggu pengenalan pelajar dulu memang agak longgar sikit.Aku lah..dah-lah penghuluwati. Tergedik sana gedik sini..macam-macam aktiviti kena buat. Pergghh..malu kalau ingat balik sejarah silam nih. Huhu..yang best kan,pernah makan semeja dengan pengetua kolej waktu majlis makan malam minggu terakhir. Aku bagaikan permaisuri ketika itu...ceh,berangan!Suatu hari, kat Dectar..sessi bersama pimpinan perwakilan pelajar UKM. "Eh,apa hal jaksa-jaksa layan buruk giler kat dorang. Kejam, semua flyers kena rampas." Kejap, ada yang tak kena di sini! Malam itu, kami ditayangkan dengan video pasal demonstrasi kat masjid UKM. Apakah ini suatu doktrinisasi???Tak boleh jadi aku kena dengar sendiri berita ini dari mulut perwakilan pelajar sendiri! Alhamdulillah..suka-lah dengan akak-akak MPP nih. Perghh baik sangat! Sekarang, dua-dua berita dah dengar. Terpulang pada diri nak tentukan yang mana satu sahih. Checkmate!

"Tuhan,kuatkan aku. Aku nak jadi baik."
Minggu berikutnya, minggu pendaftaran persatuan. ISIUKM???? Ye-lah, inilah persatuan itu kan. Cover-cover jangan nampak sangat. Akak tu tegur,"Assalamualaikum..adik nama siapa?" Erm..jawab,"Waalaikumusalam,nama saya Atikah,kak." Wah,nama kami sama-lah. Ramah betul akak nih..akak tu teranglah serba sedikit pasal ISIUKM. Oh,persatuan Islamik. Alamak...boleh ker orang gila-gila macam aku masuk persatuan nih?Eh,biar betik!!!Come-on,lihat dirilah. Dengan berat mulut.."Tapi kak, orang macam saya tak layak kot masuk persatuan Islamik macam nih." Banding dengan akak-akak..aku nie berselendang dan bertudung bawal kecik jerk..seluar jeans tu feveret tau. Ermm..fikir balik-lar. Akhirnya,terdaftarlah persatuan nih. Malam Interaksi Pertama ISIUKM..aku dengan sempoinya berseluar slack hitam, t-shirt hitam lengan pendek ditutupi dengan sweater hitam dan berselipar bersama dengan roomate kesayangan waktu itu melangkah masuk ke auditorium siswa. Perghhh..malu beb. Semua muslimat kat situ berpakaian sopan..termasuk-lah roomate aku tu. Huhu..tak pe lar saja nak tunjuk, tu lar diri aku yang sebenar waktu tu kan. Konon 'I'm not hypocrit.' Alamak, serius aku salah pilih persatuan nih. Nyesal2..Arggg..."Tuhan,kuatkan aku. Aku nak jadi baik." Tiba-tiba dalam banyak-banyak muslimat kat situ ada satu yang menarik perhatianku. "Eh,orang Jepun pun ada kat sini." Senyum sorang-sorang..hehehe. =) 

 Arghh...betul ke jalan aku pilih ni??


Malam itu apa lagi, berperanglah dengan diri sendiri. Betul ke tindakan aku nih, masuk persatuan Islamik, bercampur dengan orang-orang alim katanya. Eh,orang yang brutal macam aku tak boleh masuk ker? Aku nie jahat..nakal, degil selalu lawan kata mak. Ya Allah...bantulah aku. Akhirnya aku ketiduran. 

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
(Ar-Ra'd 13:11)
Astargfirullahalazim...Ika bawa mengucap! Kenapa Ika jadi macam ini?Allah tidak akan mengubahkan diri Ika melainkan Ika sendiri yang mengubahkan diri Ika. Percayalah,Allah sentiasa bukakan jalan bagi hamba-hamba-Nya yang ingin berbuat kebaikan. Ye ker? Mulai saat ini Ika ingin berubah jadi perempuan yang baik. Perempuan yang baik kena sopan santun kan. Sopan santun?Hehehe...

Ting..ting..
[Makluman] : KEM LIVE ISLAM FOR ETERNITY..L.I.F.E. ISIUKM di Masjid Putrajaya.

Masjid Putra..kat sini tempat program
Baru terima pesanan ringkas daripada seorang sahabat agar menyertai program ini. Program ala 'team-building'. Penceramah semuanya hebat-hebat belaka iaitu Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Ustaz Muhammad Zamri (Mari Mengaji TV9), Ustaz Rasyidi Jamil dan banyak lagi. Ya Allah macam best..nak pegi lah! Entah bisikan apa pulak yang muncul,'Hahaha..kau nak pegi program kat masjid?Weh,tengoklah diri tu!' Ah,kenapa dengan aku?Salah ker aku berpakaian up-to-date nih?Ermm..bisikan tu datang lagi,'Sedarlah diri..tengok cara kau berpakaian sekarang. Kalau nak buat dosa,buat sorang-sorang. Kat masjid nanti..sanggup kau nak bagi para muslimin kat sana free-free dosa sebab tengok pakaian kau yang up-to-date lar sangat..yang menyalahi syarak?' Hah???Habis orang macam aku tak boleh-lah pergi program kat masjid? Bisikan tu datang semula,'Kau fikirlah sendiri! Hehehe..' Astargfirullahala'zim...setann!! Aku akan buktikan..aku menang! Baik, esok jugak aku cari pakaian labuh-labuh tuh. Siapa kata orang gila-gila macam aku tak boleh berubah?

 "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang Yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan Dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman berserah diri.”

(Al-Mujadilah:10)

Fuh..nasib baik!Kebetulan ada buat jualan pakaian di Pusanika. Tapi sayang, ada jual kain-kain tudung je. Try-lah..50 bidang dulu kan? Bagi yang mula-mula berhasrat untuk bertudung labuh. Erm..macam mana nih. Tak ada pulak jual T-shirt labuh. Ala..tak kan nak pakai T-shirt kecik untuk program kat masjid nanti. Agak-agaklah kot. Baju kurung?? Tapi tak kan pulak aku nak lari dengan baju kurung. Argghh..dengan berat hati nampaknya, aku kena cancel hasrat nak pegi program tuh. Aku terduduk. Hampa.

Allah tidak akan membiarkan kamu...jika kamu ingin berubah jadi baik.

Keesokkannya, waktu kelas Pembangunan Diri, aku sempat bertanya dengan seorang sahabat."Eh,kamu pergi tak program LIFE nanti?" Dia jawab,"Tak, Ika pergi tak?" Erm..aku cakaplah,aku nak sangat pergi program nie..masalahnya aku tak ada pakaian bersesuaian untuk program kat masjid. Erm..tak kan nak pakai baju kurung kot aktiviti outdoor. Fuh! Malam itu, lewat sikit balik ada urusan di fakulti. Singgah solat berjemaah di surau kolej Ungku Omar sebentar. Apa-apa hal jangan lupakan Allah. Kalau dah tak ada rezeki nak pergi nak buat macam mana. Doa je lar..moga Allah tunjukkan jalan. Kebetulan, ada seorang sahabiah singgah solat berjemaah di sini sekali. Subhanallah..Allah sentiasa takdirkan aku berjumpa dengan sahabat di tempat baik-baik seperti ini. Alhamdulillah..aku sekadar bertanya,"Akak, jadi tak pergi program dakwah di Kuala Lumpur?" Alamak..akak tu tak jadi pergi Kuala Lumpur,akak tu jawab"Tak jadi-lah,dik. Kenapa Ika?" Dengan penuh harapan,"Erm..Ika ingat nak kirim kat akak..suruh beli T-shirt labuh..stokin dan sarung lengan. Akak..Ika nak sangat pergi program LIFE. Akak tahulah kan Ika macam mana. Tak kan Ika nak pakai baju macam-macam tu pergi program kat masjid. Tak pe-lah,akak. Bukan rezeki Ika kot." Akak yang baik hati itu menjawab,"Shhhhh...adik. Ika nak ye T-shirt labuh..stokin..sarung lengan?Lepas solat akak ambil kat bilik akak ye." MasyaAllah...usai solat Isyak, akak itu datang dengan plastik besar berisikan T-shirt muslimah warna merah jambu, 2 stokin hitam dan sarung lengan. Alhamdulillah..tabarakallah. "Akak. Syukran. Ika dah susahkan akak. Ika tak tahu nak balas budi baik akak macam mana." Akak tu balas,"Ika akak ikhlas. Moga Ika istiqamah lepas ini ye untuk berubah. Amin.." 

Jazakillahu khairan kathira, wahai sahabatku sayang.
Subhanallah, aku terhutang budi dengan akak tu sampai mati. Moga Allah rahmati akak tu selalu. Amin. Kebetulan pada waktu itu aku baru beli buku motivasi dari Ustazah Siti Norbayah,maka dapatlah juga aku bertukar hadiah dengan akak itu. Kelas Pembangunan Diri yang seterusnya, ingat lagi sahabat yang pernah berborak dengan Ika dulu? "Ika..nah!",kata dia sambil mengeluarkan 2 helai t-shirt muslimah. Cantiknya..satu corak bulat-bulat warna coklat dan satu lagi corak bunga kecil putih biru. "Subhanallah..cantiknya. Untuk apa ini?" Lepas itu dia jawab pertanyaanku,"Ika kata nak cari t-shirt Muslimah. Ambillah..erm kalau Ika nak bayar pun boleh. Bagi RM 10 je lar." Manisnya senyuman dia. Ya Allah, kamu sahabat sangat baik hati. Moga Allah balas kamu dengan kebaikan. Amin. Sengaja ye sebut macam nak jual sebab kalau bagi percuma konpem Ika tak nak ambil kan. Bijak ye kamu. Alhamdulillah...

"Subhanallah...Ya Allah  aku bersyukur atas segala nikmat-Mu.
 Kau bukakan jalan untuk aku berubah. Peliharalah hatiku, Ya Allah.
Tunjukkan daku jalan yang lurus agar ku dapat meraih cinta-Mu, Rabb".
Masjid Putra, Putrajaya. Alhamdulillah..kini aku berpijak di lantai mozaic persekitaran masjid. Ya Allah..indahnya pemandangan sekitar masjid. Aku datang ke sini untuk mencari diri aku. Siapa aku? Maka aku perbaiki niat datang ke sini untuk menuntut ilmu dan memberikan sepenuh komitmen untuk aktiviti yang bakal berlansung. Subhanallah..udara di sini segar. Susah nak cari ketenangan seperti ini. Tenang seperti tasik yang di hadapan mata kini. Ternyata pilihan aku tidak salah. Program LIFE betul-betul bawa aku mengenal siapa diri aku. Aku hamba Allah. Apakah selama ini aku betul-betul menjadi hamba Allah? Di sini aku diberikan semula ilmu-ilmu berkaitan tarbiyyah, dakwah dan siasah. Oh ye, aku terlupa untuk menceritakan kisah pelajar Jepun yang aku pernah terjumpa waktu Malam Interaksi ISIUKM sebelum ini. Dia ketika itu masih lagi non-muslim tapi dia tertarik untuk mendalami Islam. Subhanallah..aku mula mengenalinya melalui program LIFE. Ketika dalam perjalanan ke sini, aku lihat dia bersungguh-sungguh membaca kitab tafsir al-Quran terjemahan Bahasa Melayu. Malunya aku Ya Allah. Macam mana dulu aku boleh rasa takut dan berat hati untuk menyertai Persatuan Islamik ini gara-gara takut dengan ugutan palsu dari pihak politik kolej. Konon, anda akan dibuang kolej jika terlibat dengan sekian-sekian. Ah,itu semua hanyalah halangan untuk aku mendekati agamaku. Mulai sekarang..aku tak kan takut dengan polimek bukan-bukan. Petang itu, ada sessi muhasabah diri. "Apa yang membuatkan anda datang ke sini?" Huhu..soalan cepumas. Kenapa aku datang ye? Saje datang tak boleh? Hehehe.."Saya..saya nak cari diri saya. Saya nak tinggalkan kehidupan silam saya yang tak elok. Saya nak berubah..mulakan hidup baru mengikut cara Islam. Saya nak tinggalkan pakaian lama saya yang tidak menutup aurat. Saya nak kekalkan pakaian menutup aurat seperti ini. Moga saya terus istiqamah!" Pengakuan telus daripada hati. Entah macam mana..boleh pulak terkeluar air mata. Aku nangis?Huhu..malunya.

"Ya Allah..ampunkan segala-gala dosaku."
Malam terakhir, aku tidur di ruang atas solat wanita. Gelap je keadaan kat atas dan adalah beberapa orang tengah tidur. Sunyi..aku cuba untuk tidur. Entah,mimpi buruk apa kacau malam itu. Argggh..aku susah untuk tidur. Aku teringatkan mak..aku teringatkan kisah-kisah silam aku. Banyaknya dosa.. Astargfirullahala'zim..aku bangkit dan segera ke ruang wuduk untuk mengambil air sembahyang. Lalu, aku laksanakan solat sunat taubat 2 rakaat..kemudian beberapa solat sunat lain. Aku menyesal..aku tak nak ulangi kesilapan lalu. Selepas ini aku akan jadi Noor Atikah Rozemi yang baru. Yang orang lain tak akan kenal sekarang..sebagaimana mereka mengenali aku yang dulu. Aku kena kuat..ini jalan yang aku pilih. Ringankan kaki menghadiri majlis ilmu..istiqamah dan jadikan solat berjemaah sebagai amalan. InshaAllah..kamu kuat. Takbir!!!


Alhamdulillah..aku sekarang bersyukur dan senang sangat dengan perubahan diri. Walaupun hakikatnya pada permulaan, aku mendapat kejutan daripada keluarga disebabkan perubahan diriku. Akhirnya, mereka terima perubahan baik yang aku cuba bawakan dalam keluarga. Alhamdulillah..indahnya pakaian menutup aurat. Banggalah kamu menjadi muslimah..dengan berpakaian seperti ini kamu boleh terus solat. Kalau dulu aku selalu dipikat oleh lelaki, mungkin disebabkan oleh pemakaian aku yang tidak menjaga. Kini, aku tenang. Tiada lagi gangguan...bahkan mereka menghormati aku sebagai muslimah! Maruahku kini terpelihara! Benarlah kata Aisyah r.a, "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang".

Aku hanyalah insan biasa..yang memiliki kekurangan. Doakan..moga aku terus istiqamah.

"Alhamdulillah..ku terima risikan-Nya."


Aku, dulu dan sekarang....





















2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...