Ahlan Wa Sahlan,Ana Noor Atikah Rozemi...ASSALAMUALAIKUM

Thursday, February 14, 2013

Cara Mengira GPA dan CGPA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang..

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."
(Surah Al-Baqarah:269) 


ASSALAMUALAIKUM....



Alhamdulillah..masih lagi diberi ruang untuk menulis. Penulis baru sahaja menerima keputusan peperiksaan Semester 3. Alhamdulillah..baik atau buruk keputusan harus diterima dengan redha. Anggap sahaja semua ini adalah tarbiyyah daripada Allah. Jangan berhenti semangat yang sedang membara..terus tanamkan azam. Jangan perkecilkan impian kerana kecilnya kemampuan sedia ada. Fikirkan bagaimana untuk perbesarkan kemampuan sekarang. Ada orang keputusan cemerlang, mungkin Allah mahu uji mereka dan melihat sama ada kecemerlangan tersebut mendekatkan mereka kepada Allah. Dan ada orang keputusannya sederhana tidak cemerlang, mungkin Allah mahu uji dan melihat sejauh mana mereka bersungguh-sungguh berusaha bagi menggapai kecemerlangan dan kedekatan mereka dengan Allah. Apapun..berbalik kepada tujuan utama kita dilahirkan di muka bumi ini. Maka, letakkan kebergantungan hidup kita tinggi kepada Allah. Mungkin kecemerlangan hanyalah suatu asbab untuk kita mendapat kelayakan di dunia bagi mengejar cita-cita akhirat. Tapi jangan lupa, rezeki dan kebahagiaan adalah suatu ketetapan yang hanya diketahui oleh Allah.
Hari-hari kita akan diuji..maka jangan ingat hari ini aku dah lulus atau gagal ujian tersebut. Bertenang..Allah ada di samping kamu. Berdoalah moga kamu kuat dan tabah bagi menghadapi ujian yang mendatang.

Baik, sekarang penulis nak ajak sahabat-sahabat semua berfikiran positif. Pejamkan mata sekejap, cuba bayangkan perkara yang sahabat-sahabat semua paling suka di dunia. Senyum..! Sekarang kita akan belajar macam mana untuk mengira GPA dan CGPA. InsyaAllah..bagi yang bercita-cita untuk meningkat prestasi akademik kena mahir formula ini dan mula buat 'target' gred bagi subjek-subjek SEM depan. Kita mulakan sekarang...!!!

Secara ringkas GPA ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu. Contohnya ada subjek anda dapat A, ada subjek dapat B-, ada subjek dapat C. Gred A memberi nilai 4.00, manakala gred B- memberi nilai 2.67 dan gred C memberi nilai 2.00. Purata Nilai Gred anda ialah purata bagi semua keputusan!

CGPA pula bermaksud Cumulative Grade Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan anda bagi semua semester yang telah dilalui.
GPA = untuk satu-satu semester sahaja
CGPA = untuk keseluruhan semester yang telah dilalui

Sebelum mengira GPA dan CGPA, anda perlulah mengetahui elemen-elemen yang digunakan dalam pengiraan CGPA. Elemen-elemen tersebut ialah :-
a) Bilangan Kredit
b) Mata Nilai – Nilai yang dibawa oleh sesuatu gred. Contohnya Gred A=4.00, Gred B=3.00
c) Jumlah Mata Nilai – Hasil darab Mata Nilai dengan Bilangan Kredit
Formula asas bagi pengiraan CGPA ialah Hasil Tambah Jumlah Mata Nilai dibahagikan dengan Hasil Tambah Kredit.
Sebagai contoh, cuba lihat pengiraan berikut:-

Keputusan Semester 1
SubjectKreditGredMata NilaiJumlah Mata Nilai

1Programming For Engineers3B3.009.00
2Statics3B3.009.00
3Thermodynamics I3A-3.7011.10
4Laboratory I2A-3.707.40
5Calculus2B-2.705.40
6English For Academic Communication2B-2.705.40
7Islamic And Asian Civilization I2B+3.306.60
Pengiraan GPA Bagi Semester 1 :-
GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit
GPA=9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60
3+3+3+2+2+2+2
GPA=53.90
17
GPA sem 1=3.17

Keputusan Semester 2
SubjectKreditGredMata NilaiJumlah Mata Nilai

1Dynamics3B3.009.00
2Engineering Drawing3B+3.309.90
3Material Science3C-1.705.10
4Engineering Mathematics3B-2.708.10
5Islamic And Asian Civilization II2B-2.705.40
6Swimming I1A4.004.00
Pengiraan GPA Bagi Semester 2 :-
GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit
GPA=9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00
3+3+3+3+2+1
GPA=41.50
15
GPA sem 2=2.77


Sekarang anda dah tahu macam mana nak kira GPA. Sekarang kita tengok pulak cara nak kira CGPA.
Pengiraan CGPA Bagi Semester 1:-
Untuk semester pertama, nilai CGPA dan GPA adalah sama kerana purata diperoleh dengan mengira keputusan satu semester sahaja iaitu semester 1. Oleh itu CGPA = GPA untuk semester pertama sahaja.
CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA=53.90
17
CGPA sem 1=3.17


Pengiraan CGPA Bagi Semester 2 :-
Pada semester kedua, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.
CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA=53.90+41.50
17+15
CGPA=95.40
32
CGPA sem 2=2.98
SELAMAT MENCUBA...SELAMAT PASANG TARGET BARU TAU!

Mulakan langkah anda sekarang...
"Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

" Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya." ( Al Insyiqaaq : 6 )

" Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan ". ( Al-Hujuraat : 18 )



1 comment:

  1. Salam,

    Saya ada file excel untuk kira cgpa dan gpa dari sem satu hingga sepuluh.

    FREE to use. FREE to share.

    Sila click sini " http://padlet.com/wall/8kops91aw1 "


    Ok. Bye...

    hisham2desa@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...